EcoSpark CQA: Inovasi Pembuatan Sabun Dan Lilin Daripada Minyak Terpakai | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » EcoSpark CQA: Inovasi Pembuatan Sabun dan Lilin daripada Minyak Terpakai

EcoSpark CQA: Inovasi Pembuatan Sabun dan Lilin daripada Minyak Terpakai

 

13 Februari 2026, Serdang — Pusat Jaminan Kualiti Akademik (CQA), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan program EcoSpark CQA: Inovasi Pembuatan Sabun dan Lilin daripada Minyak Terpakai sebagai salah satu inisiatif menyokong amalan kelestarian dan kesedaran terhadap pengurusan sisa secara bertanggungjawab.

Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kelestarian Hijau CQA ini bertujuan memberi pendedahan kepada warga CQA mengenai kaedah mengitar semula minyak masak terpakai kepada produk yang lebih bermanfaat seperti sabun dan lilin. Inisiatif ini juga selari dengan usaha universiti dalam memupuk budaya amalan hijau serta mengurangkan impak sisa domestik terhadap alam sekitar.

Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang mempelajari teknik asas pemprosesan minyak terpakai serta proses menghasilkan sabun dan lilin secara praktikal. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman pembelajaran secara hands-on, malah membuka ruang kepada peserta untuk memahami potensi inovasi daripada bahan buangan yang sering dianggap tidak lagi berguna.

Program ini turut berjaya mewujudkan suasana interaksi yang positif dalam kalangan warga CQA, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup lestari dalam kehidupan seharian.

Melalui penganjuran EcoSpark ini, diharapkan warga CQA dapat terus mengamalkan pendekatan mesra alam serta menyumbang kepada usaha kelestarian alam sekitar secara berterusan.

 
       
  Berita ditulis oleh   : Rahmawati Umar    |  Seksyen Data Program  |  Pusat Jaminan Kualiti

Tarikh Input: 19/03/2026 | Kemaskini: 03/05/2026 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W, (07:09:06pm-07:14:06pm, 06 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]