|
30 Mac 2026,Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Centre for Academic Quality Assurance (CAQA), UCSI University bagi satu sesi Lawatan Penanda Aras Pengurusan Jaminan Kualiti dan Akreditasi Akademik. Lawatan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat CQA UPM ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik (best practices) serta memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua institusi dalam memastikan standard kualiti akademik dan proses akreditasi sentiasa berada pada tahap tertinggi. Delegasi CAQA UCSI University telah diketuai oleh Professor EUR ING. Ir. Ts. Dr. Ang Chun Kit, selaku Timbalan Naib Canselor Bersekutu CAQA, bersama lapan (8) orang pegawai kanan yang lain termasuk pengurus dan eksekutif kanan daripada pelbagai unit. Antara fokus utama perbincangan sepanjang lawatan tersebut termasuklah:
Sesi pertemuan ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah CQA UPM bersama pasukan Jaminan Kualiti Akademik dan Perkhidmatan. Pertukaran idea dan pengalaman antara kedua-dua pihak diharapkan dapat memberikan nilai tambah yang signifikan kepada pemantapan tadbir urus kualiti di peringkat universiti masing-masing. Pihak CQA UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada UCSI University atas kesudian memilih UPM sebagai destinasi rujukan penanda aras dan berharap agar hubungan akrab ini terus berkekalan demi kecemerlangan pendidikan tinggi negara. |
![]() |
||
| Berita ditulis oleh | : Rahmawati Umar | Seksyen Data Program | Pusat Jaminan Kualiti |
Tarikh Input: 30/04/2026 | Kemaskini: 04/05/2026 | aidawati

(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor