|
30 Julai 2026, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Office of Knowledge for Change and Advancement (KCA), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam satu lawatan penanda arasan yang diadakan di Bilik Mesyuarat CQA, UPM pada hari ini. Delegasi yang terdiri daripada 10 orang wakil akademik dan pentadbiran itu diketuai oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Irwan bin Ariffin, Pengarah KCA. Lawatan ini bertujuan untuk memahami kerangka jaminan kualiti, pengurusan audit serta akreditasi program akademik yang dilaksanakan di CQA UPM. Selain itu, sesi ini turut menjadi platform untuk berkongsi pengalaman, bertukar pandangan serta mengenal pasti amalan terbaik yang boleh disesuaikan mengikut keperluan UIAM, di samping memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua institusi. Sepanjang sesi perkongsian, CQA UPM telah membentangkan struktur tadbir urus jaminan kualiti universiti, pelaksanaan sistem swaakreditasi, pengurusan akreditasi program, audit akademik, pemantauan Penambahbaikan Kualiti Berterusan (Continuous Quality Improvement, CQI) serta penggunaan sistem digital bagi menyokong pengurusan jaminan kualiti di universiti. Sesi diteruskan dengan perbincangan dua hala yang memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai cabaran, pengalaman dan amalan terbaik dalam memperkukuh sistem jaminan kualiti pendidikan tinggi. Lawatan penanda arasan ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan strategik antara CQA UPM dan KCA UIAM, sekali gus menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dalam memperkasa budaya kualiti serta kecemerlangan akademik di kedua-dua institusi. |
![]() |
||
| Berita disediakan oleh | :Rahmawati Umar | Seksyen Data Program | Pusat Jaminan Kualiti |
Tarikh Input: 02/08/2026 | Kemaskini: 05/08/2026 | aidawati

(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor