EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010. Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu:
Berhubung pertanyaan anda tentang status akreditasi Sarjana Sains Gunaan yang diberikan kepada anda pada tahun 2012, sila rujuk penyata MQA di laman web MQR https://www2.mqa.gov.my/mqr/english/eakrbyipta.cfm berkaitan dengan program pascasiswazah yang ditawarkan oleh semua universiti awam di Malaysia termasuk UPM : STATUS AKREDITASI PROGRAM PASCA SISWAZAH UNIVERSITI AWAM MALAYSIA SEBELUM 2013.
Kami ingin memaklumkan bahawa Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) mendaftar secara berperingkat-peringkat status akreditasi program pascasiswazah Universiti Awam Malaysia (Ijazah Sarjana). , Tahap 7 dan Ijazah Kedoktoran, Tahap 8 Rangka Kerja Kelayakan Malaysia, MQF) bermula dari 2013. Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh pelaksanaan audit ke atas program pasca siswazah yang dijalankan oleh MQA pada tahun 2013. Sebelum pendaftaran, program tersebut dijalankan berdasarkan peraturan dan peraturan sedia ada yang terpakai pada masa itu seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Oleh itu, mereka dianggap telah memenuhi semua keperluan berkaitan kualiti dan piawaian yang diiktiraf oleh kerajaan. Oleh itu, kami akan memperakui dan mengesahkan bahawa Sarjana Sains Gunaan telah diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan telah mematuhi keperluan kualiti yang ditetapkan oleh KPT.
Seperti yang dikehendaki oleh MQA, untuk tujuan mendaftar dalam MQR, nama program mestilah serupa dengan nama program yang tertera pada skrol. Bagi program PhD UPM, ia telah didaftarkan sebagai Doktor Falsafah seperti yang tertera pada skrol. Memandangkan kepelbagaian bidang pengajian di UPM yang kini terdiri daripada 301 bidang pengajian, UPM telah mengkategorikannya di bawah 23 NEC terperinci termasuk Ekonomi. Perkara yang sama berlaku untuk Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian dan Sarjana Ekonomi. Seperti yang ditunjukkan oleh nama program, kedua-dua program dinyatakan di bawah Ekonomi. Tambahan pula, UPM juga sedang dalam proses menyemak dan mengemaskini NEC yang didaftarkan dalam MQR.
Dimaklumkan bermula tahun 2010, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dianugerahkan status swakreditasi (Self-Accreditation) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dengan status tersebut, UPM telah diberi autonomi untuk mengakredit program akademik UPM. Pelaksanaan proses dan kelulusan akreditasi di bawah status swaakreditasi ini mula dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 2011 ke atas semua program pengajian yang ditawarkan di UPM. Program Bacelor Sastera (Kesusasteraan Inggeris) telah diperakukan Akreditasi Penuh di bawah swaakreditasi UPM pada 9 April 2015 dan telah didaftarkan dalam MQR di bawah kod MQA/SWA0597. Untuk makluman tuan juga, pendaftaran program dalam MQR untuk universiti berstatus swaakeditasi adalah berdasarkan kaedah berikut (rujuk web MQA https://www.mqa.gov.my/pv4/faq_mqr.cfm) :
Untuk makluman, MQA melalui Pekelilingnya Bil. 4/2019 telah memaklumkan bahawa mulai Januari 2017 (iaitu serahan tanggungjawab sebagai badan pengiktirafan kelayakan daripada JPA kepada MQA) , semakan terhadap program yang telah diberi pengikitrafan boleh disemak melalui MQR, manakala semakan keatas program sebelum tahun 2017 boleh disemak melalui eSisraf. Petikan pekeliling ini turut dinyatakan dalam web eSisraf (pengenalan kepada eSisraf iaitu kelayakan yang tersenarai dalam eSisraf adalah sehingga Disember 2016) https://www2.mqa.gov.my/esisraf/pengenalan.html. Turut dinyatakan adalah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bersetuju semua program yang diakredit oleh MQA membawa maksud diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan akan disyorkan nilai taraf Perkhidmatan Awam berdasarkan keperluan yang ditetapkan dalam Skim-skim Perkhidmatan Awam. Bagi program Bacelor Sains (kepujian) Major Biologi UPM, dua (2) paparan iaitu bil. 1 merujuk kepada pengiktirafan kelayakan program sehingga Disember 2016 (sebagaimana pernyataan pada Pengenalan web eSisraf) manakala paparan program bil. 2 merujuk kepada program yang sama yang juga telah dberikan Akreditasi Penuh program dibawah swaakreditasi UPM (MQA/SWA060) bermula 9 April 2015 yang turut boleh dirujuk dalam daftar MQR. Atas justifikasi paparan dalam eSisraf adalah sehingga Disember 2016, paparan program dengan kod swaakreditasi UPM turut dikekalkan dalam eSisraf ini. Justeru, bagi graduan program sebelum tahun 2015 boleh merujuk dan mencetak paparan bil. 1 sebagai bukti pengesahan kelayakan individu untuk tujuan lantikan dalam perkhidmatan awam. Pihak CQA juga telah memohon perubahan nama program ini dalam daftar MQR kepada Bacelor Sains Biologi dengan Kepujian dan dijangka paparan nama baharu program ini dlm daftar MQR adalah selewa-lewatnya pada bulan Ogos 2021.
Kemaskini:: 25/01/2024 [aidawati]
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor