Taklimat Pelaksanaan Dan Penilaian Kedua Amalan EKSA | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Taklimat Pelaksanaan dan Penilaian Kedua Amalan EKSA

Taklimat Pelaksanaan dan Penilaian Kedua Amalan EKSA

 

17 April 2026, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Taklimat Pelaksanaan dan Penilaian Kedua Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan, UPM secara hibrid bertempat di Dewan Taklimat Serdang, Tingkat 1, Bangunan Canselori Putra UPM  kepada semua Fasilitator EKSA UPM dan Penyelaras EKSA Pusat Tanggungjawab (PTJ).  Taklimat ini juga turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Audit, Latihan dan Promosi EKSA PTJ masing-masing.

Taklimat ini diadakan bertujuan memberikan penerangan lebih lanjut berkenaan Garis Panduan Pelaksanaan EKSA Edisi 3.0 yang terkini dalam melaksanakan amalan persekitaran kerja yang sistematik, kondusif dan berimej korporat, selaras dengan keperluan penilaian EKSA. Garis Panduan ini telah berkuat kuasa mulai tahun 2020 dan sentiasa disemak serta ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan kesesuaiannya dengan keperluan dan perkembangan semasa serta kaedah penilaian kedua EKSA nanti.

Sehubungan itu, seramai 288 orang peserta telah hadir pada sesi taklimat ini termasuk peserta daripada UPM Sarawak (UPMS). Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Nurainakmal Binti Kamal Bahrin selaku Penyelaras EKSA UPM merangkap Ketua Seksyen Dokumentasi CQA yang menfokuskan kepada kandungan Garis Panduan Pelaksanaan EKSA Edisi 3.0 dan perincian rubrik/kriteria generik dan khusus bagi penilaian EKSA serta persediaan bagi penilaian peringkat kedua EKSA nanti.   Taklimat ini turut mengupas pelbagai soalan yang diterima daripada pihak untuk dan ianya sekaligus dapat memberikan pencerahan bagi pelaksanaan EKSA di PTJ.

   
       
  Berita ditulis oleh   : Kasmaria Zawawi   |  Seksyen Dokumentasi  |  Pusat Jaminan Kualiti

Tarikh Input: 30/04/2026 | Kemaskini: 03/05/2026 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
X, (05:27:23pm-05:32:23pm, 30 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]