Kursus Pemantapan Audit Dalaman QMS MS ISO 9001:2015 Tahun 2026 | PUSAT JAMINAN KUALITI cqa
» BERITA » Kursus Pemantapan Audit Dalaman QMS MS ISO 9001:2015 Tahun 2026

Kursus Pemantapan Audit Dalaman QMS MS ISO 9001:2015 Tahun 2026

 

29 April 2026, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti telah menganjurkan Kursus Pemantapan Audit Dalaman QMS MS ISO 9001:2015 untuk tahun 2026 pada 31 Mac – 1 April 2026 (Selasa - Rabu) di Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan, UPM bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Kursus ini adalah kursus pemantapan kepada Auditor Universiti dan juga kepada Auditor PTJ dengan objektif untuk meningkatkan pemahaman juruaudit mengenai klausa standard dan memantapkan pelaksanaan audit dalaman dalam meningkatkan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti UPM. Ia juga sebagai persediaan kepada Audit Dalaman UPM bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 yang dijalankan dari 1 April 2026 sehingga 31 Mei 2026.

Kursus ini dikendalikan oleh Puan Noraihan Noordin, Ketua Penolong Pendaftar, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Beliau juga adalah Juruaudit Universiti (Lead Assessor QMS) serta mempunyai pengalaman yang luas dalam Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001 sama ada di dalam atau pun di luar Universiti Putra Malaysia.

Kursus in telah dihadiri oleh 33 orang peserta dengan tujuan untuk penyegaran berkaitan klausa di dalam standard ISO 9001:2015 yang berkuatkuasa, teknik audit berkesan (audit planning dan audit trail), cara-cara merancang, melaksana, menyedia laporan dan membuat tindakan susulan audit dalaman, menulis laporan ketakakuran dan cara-cara membuat tindakan pembetulan dan susulan terhadap ketakakuran bagi memantapkan pelaksanaan audit dalaman di dalam meningkatkan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti UPM.

Kursus ini berjaya mencapai objektif yang dirancang dan peserta sangat berpuas hati terhadap penganjuran kursus.

 
       
  Berita ditulis oleh   : Zenaida Md Zenon   |  Seksyen Audit Kualiti  |  Pusat Jaminan Kualiti

Tarikh Input: 30/04/2026 | Kemaskini: 03/05/2026 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W, (07:00:30am-07:05:30am, 11 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]