Buku QA ODL UPM - 6 (Bahagian E-2): Maklumat Umum Dan Format Penyediaan Dokumen Program | PUSAT JAMINAN KUALITI
» ARTIKEL » Buku QA ODL UPM - 6 (Bahagian E-2): Maklumat Umum dan Format Penyediaan Dokumen Program

Buku QA ODL UPM - 6 (Bahagian E-2): Maklumat Umum dan Format Penyediaan Dokumen Program

 

Bahagian ini menerangkan tentang panduan penyediaan dokumen program yang mencakupi format dan templat dokumen seperti yang ditetapkan oleh MQA untuk tujuan akreditasi program ODL.

 

  1. Umumnya bagi memenuhi keperluan akreditasi program, tiga (3) dokumen berkenaan perlu disediakan iaitu:
  Bahagian A : Maklumat Umum Universiti Putra Malaysia
  Bahagian B : Ringkasan Program Pengajian
  Bahagian C : Standard Program serta Laporan Penilaian Kendiri Program (Program Self-Review Report (PSRR))

 

    2.  Keperluan dokumen yang wajar disediakan adalah mengikut kategori akreditasi atau audit program.

         Ringkasan keperluan dokumen mengikut akreditasi serta tindakan penyediaan dokumen ditunjukkan

         dalam Jadual 6.1 berikut:

 

Jadual 6.1 Ringkasan Tindakan Penyediaan Dokumen Program

 

 Bil.    Kategori Akreditasi/ Audit     Bahagian 
 A  B  C
 Maklumat Umum UPM  Ringkasan Program  Standard Program
 1. Akreditasi Sementara MQA-01-ODL
(Tindakan CQA)

(Tindakan fakulti/ sekolah)

 √

(Tindakan fakulti/ sekolah)

 2. Akreditasi Penuh
MQA-02-ODL
 √
(Tindakan CQA)
 √
(Tindakan fakulti/ sekolah)
 √
Beserta PSRR (Tindakan fakulti/ sekolah)
 3. Audit Semakan Semula Melebihi 30% MQA-02-ODL  -  -  √

Bidang 1 dan 2 (Tindakan fakulti/ sekolah)

 4. Audit Pengekalan MQA-02-ODL  √
(Tindakan CQA)
 √
(Tindakan fakulti/ sekolah)
 √
Beserta PSRR (Tindakan fakulti/ sekolah)
5.

Penamaan Semula Nama Program

1. Kertas Pembawa dan Ringkasan Program Pengajian  (Bahagian B)

2. Penyataan justifikasi penamaan semula nama program

 

 3. Kriteria dan standard COPPA:ODL (2019) MQA yang dibangunkan oleh MQA adalah dalam Bahasa

     Inggeris. Walau bagaimanapun, fakulti/sekolah diminta untuk memberikan maklum balas dalam Bahasa

     Melayu, selaras dengan arahan kerajaan yang mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan

     rasmi dan pentadbiran.

 

4. Dalam menyediakan dokumen program, fakulti/sekolah perlu menggunakan borang yang telah ditetapkan

   oleh MQA yang boleh diakses di laman web MQA: https://www.mqa.gov.my/ atau di portal

   e-ISO UPM pada modul Swaakreditasi

    i.   Borang MQA-01-ODL untuk Akreditasi Sementara; atau

    ii.  Borang MQA-02-ODL untuk Akreditasi Penuh dan Audit Pengekalan. Bagi Audit Semakan Semula,

         fakulti/Sekolah perlu menggunakan Borang MQA-02-ODL, tetapi hanya perlu mengemukakan dua

         bidang penilaian sahaja iaitu Bidang 1 dan Bidang 2.

 

5. Dokumen program pengajian yang telah lengkap perlu dikemukakan secara salinan lembut ke urusetia

    untuk pertimbangan Jawatankuasa Swaakreditasi Program Pengajian (JKSPP). Tatacara terperinci proses

    penyediaan dokumen program, proses pengauditan dan kelulusan akreditasi/audit boleh merujuk kepada

    Prosedur Audit Swaakreditasi Program Pengajian (UPM/SOK/SWA/P001) dan garis panduan berkaitan

    yang boleh dicapai di e-ISO UPM.

 

RUJUKAN

 

Agensi Kelayakan Malaysia. (2019). Code of Practice for Programme Accreditation: Open and Distance Learning. Penerbit Agensi Kelayakan Malaysia.

Surat Makluman MQA Bil. 12/2020. Permohonan Pengajian Dengan Kaedah Penyampaian Secara Open and Distance Learning (ODL) Tanpa Perlu Mempunyai Program Yang Sama dengan Kaedah Penyampaian Program Konvensional. 29/12/2020. Agensi Kelayakan Malaysia.

Universiti Putra Malaysia. (2021). Pelan Strategik Universiti Putra Malaysia 2021-2025.

Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 06/10/2023 | Kemaskini: 14/11/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXFDBAL~