Buku QA ODL UPM - 4 (Bahagian C-2): Panduan Pembangunan JPP Dan Sim ODL UPM | PUSAT JAMINAN KUALITI
» ARTIKEL » Buku QA ODL UPM - 4 (Bahagian C-2): Panduan Pembangunan JPP dan Sim ODL UPM

Buku QA ODL UPM - 4 (Bahagian C-2): Panduan Pembangunan JPP dan Sim ODL UPM

 

 

Bahagian ini menerangkan secara umum tentang pembangunan Jam Pembelajaran Pelajar (JPP) dan Self-Instructional Materials (SIM) untuk program ODL UPM berdasarkan standard COPPA:ODL (2019). Pematuhan kepada panduan JPP dan SIM oleh pemilik program sangat penting dalam memastikan pematuhan kepada standard COPPA:ODL (2019).

 

4.2               PANDUAN PEMBANGUNAN SIM

 

SIM ialah bahan pengajaran kendiri yang bertujuan untuk membolehkan pelajar belajar sendiri (atau belajar sendiri secara bebas) tentang sesuatu topik/ isu. SIM disediakan melalui proses reka bentuk dan pembangunan bahan.

 

4.2.1           SIM

 

  1. Pembangun kursus perlu menyediakan SIM bagi membimbing pelajar mencapai hasil pembelajaran kursus berdasarkan jenis bahan pembelajaran yang bersesuaian. Ciri kandungan SIM adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.2 berikut:

        i.  Self-learning: Ciri yang membolehkan pelajar belajar sendiri dengan merujuk kepada bahan pengajaran seperti nota, aktiviti dan pentaksiran yang disediakan.

        ii. Self-explanatory: Ciri yang membolehkan pelajar jelas terhadap penyampaian inti pati topik dan kandungan disampaikan dengan gaya konsisten serta mudah

           difahami dengan cadangan rujukan tambahan yang minimum.

        iii. Self-contained: Ciri yang lengkap dan disertakan dengan contoh, penerangan, ilustrasi, pembayang dan rujukan.

        iv. Self-motivating: Ciri yang memberikan bimbingan, petunjuk dan cadangan yang diperlukan pada setiap peringkat pembelajaran. Ciri ini juga disertakan

            dengan langkah pembelajaran dan bersifat mesra pelajar melalui gaya penulisan perbualan dan penggunaan bahasa yang mudah.

        v. Self-directed: Ciri yang menimbulkan rasa ingin tahu dan mengaitkan kandungan bahan dengan situasi semasa.

        vi. Self-evaluating: Ciri yang mempunyai latihan penilaian kendiri sebagai aktiviti serta pentaksiran bagi tujuan mengukur pencapaian pelajar.

 

Rajah 4.2 Ciri SIM

 

4.2.2           Reka Bentuk SIM

 

  1. Reka bentuk SIM perlu mematuhi ciri SIM iaitu self-learning, self-explanatory, self-contained, self-motivating, self-directed dan self- evaluating seperti di Rajah 4.2 Ciri SIM serta mematuhi lima (5) perkara berikut:
  • Mempunyai maklumat am kursus;
  • Mempunyai pengenalan kursus;
  • Mempunyai kandungan kursus dalam bentuk modul pembelajaran kendiri yang terdiri daripada arahan dan panduan pembelajaran, maklumat hasil pembelajaran, senarai kandungan modul, nota dalam bentuk slaid/teks/gambar/video/audio, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran, rumusan modul, senarai rujukan dan bahan bacaan tambahan;
  • Mempunyai kesimpulan dan penutup kursus; serta
  • Mempunyai senarai rujukan 

    2. Reka bentuk modul SIM boleh dirancang dengan mengenal pasti perkara yang ditunjukkan di Jadual 4.5 berikut:

 

Jadual 4.5 Borang Reka Bentuk SIM

  Course Name  Course Code Self Check Sim Criteria [/]
  Agriculture and Life  PRT2009

[ ] Self-learning

[ ] Self-explanatory

[ ] Self-motivating

[ ] Self-directed

[ ] Self-contained

[ ] Self-evaluating

  Module 1:                                                                     
  Learning Outcomes Learning Instructions Duration
 

1.  Define the term agriculture.

2.  Explain the importance 

     of agriculture.

3.  List the types of     

     agricultural systems.

This module explains the concept of modern agriculture.

1. Go through the video to learn how agriculture has                    transformed throughout the years and share your thoughts      in the forum.

2. Answer all the quizzes in three attempts to complete the          module.

3 hours GD

2 hours SL

  Content: | Video | Articles | Infographics| Interactive Videos | Slides | Lesson |
  •   PRT2009 Topic 1 Introduction and Scope of Modern Agriculture
  •   1 lecture video (11 mins)
  Activities: | Forum| H5P | Games | Glossary | Choice| Workshop| Survey |

Assessment:| Quiz | Assignment| Graded Forum |

Notes:
  Forum discussion on sustainable agriculture video

Online Quiz (10 questions- multiple choice)

Focus on history of agriculture
  Suggested Additional Reading References
  1. Why is Agriculture Important and its Role in Everyday Life https://agriculturegoods.com/ why-is-agriculture-important/

Behnassi, M., Shahid, S. A., & D’Silva,

J. (2011). Sustainable agricultural development: Recent approaches in resource management and environmentally- balanced production enhancement. Springer Science & Business Media.

  

4.2.3           Pembangunan SIM

 

  1. SIM dibangunkan dengan cara berikut: 

        a. Menerima pakai bahan sedia ada; atau

        b. Menyesuai bahan sedia ada; atau

        c.  Mencipta bahan asal; atau

        d.  Sebarang pendekatan lain yang bersesuaian

 

     2. Pemilik program harus melaksanakan amalan atribusi jika mengguna pakai semula bahan pembelajaran terbuka (Open Educational Resources), serta 

        mempertimbang perlindungan hak harta intelek dan pelesenan SIM yang dibangunkan. Undang-undang hak cipta dan amalan terbaik mestilah

        wujud dan dipatuhi.

 

     3. SIM yang dibangunkan harus mengandungi maklumat serta arahan yang lengkap bagi membimbing pembelajaran kendiri pelajar. Pelbagai item

        pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.3 boleh dibangunkan menggunakan LMS, bergantung kepada hasil pembelajaran dan mod Pembangunan

        SIM perlu mengambil kira perkara berikut:

         a. Maklumat am mengenai kursus perlu dipaparkan:

           i. hasil pembelajaran kursus;

           ii. maklumat pensyarah dalam bentuk video pengenalan dan gambar;

           iii. aktiviti pembelajaran contohnya bilangan, jenis pentaksiran, jadual dan kaedah penghantaran tugasan;

           iv. kaedah komunikasi contohnya melalui emel, Whatsapp group, Facebook group dan panggilan telefon;

           v.  jadual pembelajaran dan aktiviti interaksi; serta

           vi. rujukan utama

 

         b. Pemilihan jenis bahan perlu berdasarkan kesesuaian isi topik yang ingin disampaikan iaitu:

           i.    slaid yang mengandungi isi topik yang disampaikan dalam bentuk teks, rajah dan video, serta disertai arahan cara menggunakan bahan tersebut

                 bagi tujuan pembelajaran;

           ii.   artikel yang dihasilkan dalam format .doc dan pdf, dan mengandungi isi topik yang disampaikan dalam bentuk teks, rajah dan video, serta disertai

                 arahan cara menggunakan bahan tersebut bagi tujuan pembelajaran;

           iii.   infografik yang dihasilkan bagi menerangkan isi topik diringkaskan dalam bentuk grafik;

           iv.   video yang menerangkan kandungan topik, demonstrasi, tutorial, perbincangan, kajian lapangan dan simulasi;

           v.    audio yang meringkaskan kandungan topik, arahan pembelajaran modul dan penerangan topik;

           vi.   pautan kepada rujukan di internet seperti video Youtube, berita dan tutorial di internet;

           vii.  pautan kepada aplikasi Web 2.0 bagi tujuan pembelajaran (seperti Padlet, ThingLink, Mentimeter, Blendspace, Quizizz,Kahoot dan Google Drive); serta

           viii. lain-lain jenis bahan yang bersesuaian

          c. Pemilik program mestilah bertanggungjawab untuk memastikan penyampaian yang berkesan bagi mencapai hasil pembelajaran program. Aktiviti boleh

             dilaksanakan melalui dua (2) jenis pembelajaran iaitu segerak dan tidak segerak

          d. Jenis aktiviti yang boleh dilaksanakan hendaklah bersifat:

            i.  menyediakan dan mengembangkan kemahiran praktikal seperti melalui latihan dan refleksi bagi meningkat kefahaman topik, serta dapatan maklumat

                melalui rujukan tambahan melalui internet atau teks;

            ii. menekankan interaksi/kolaborasi di antara pensyarah dan pelajar, dan sesama pelajar seperti melalui forum;

            iii. menggalakkan pelajar mengembangkan pemahaman modul melalui gamifikasi; serta

            iv. berupaya menyokong pelajar menyemak pemahaman kendiri melalui fungsian Feedback yang memberi respon secara automatik, atau melalui

                komunikasi sesama pelajar, dan/atau pelajar-pensyarah.

          e. Pelbagai kaedah dan alat pentaksiran secara inovatif mestilah digunakan dengan sewajarnya untuk menilai hasil pembelajaran dan kecekapan:

             i.   pentaksiran bagi mengukur pencapaian pelajar boleh dilaksanakan seperti melalui tugasan dan kuiz;

             ii.  markah pentaksiran boleh diambil kira untuk mengukur pencapaian pelajar (graded assessment) sebagai assessment of learning; atau tidak diambil

                  kira bagi tujuan penggredan (non- graded assessment) sebagai assessment for learning; serta

             iii. pentaksiran boleh dilaksanakan dengan semakan secara automatik, (melalui fungsian Quiz) oleh pensyarah, atau melalui (fungsian Assignment).

           f. Arahan, maklumat dan langkah pembelajaran perlu disediakan bagi membantu pelajar menggunakan SIM secara Kekerapan, kaedah dan kriteria penilaian 

              pelajar termasuk kriteria penggredan dan dasar rayuan mesti didokumenkan dan dimaklumkan kepada pelajar pada permulaan program. Perubahan kepada 

              kaedah penilaian pelajar mestilah mengikut penetapan di dalam prosedur dan peraturan serta dimaklumkan kepada pelajar sebelum pelaksanaan.

           g. Item bersesuaian di dalam LMS juga perlu digunakan dan diaktifkan berserta arahan. Pensyarah memuat naik bahan, menjejak dan menyemak

               penglibatan pelajar yang telah melengkapkan sesuatu pentaksiran serta berkomunikasi bagi membimbing pelajar.

           h. Pembangunan SIM perlu disemak bagi memastikan kualiti bahan mencukupi dan bersesuaian dengan mod penyampaian. Rajah 4.4 boleh membantu

               pensyarah memastikan kecukupan dan keperluan dalam membangun SIM.

 

Rajah 4.3 Contoh Item Pembelajaran yang Digunakan Sebagai SIM

 

Rajah 4.4 Senarai Semak Pembangunan SIM

 

Berikut merupakan pautan contoh reka bentuk pembangunan SIM:

  a. Modul dengan reka bentuk pembelajaran kendiri di kursus MC UPM. Pembangunan kursus micro-credentials UPM:                                                                                   https://putramooc.upm.edu.my/

  b. SIM dalam bentuk slaid/teks/artikel: http://arcmit01.uncw.edu/hpl0346/ links/food_pyramid_mod.pdf dan https://www.academia.edu/19830142/                                    MODUL_PENGAJARAN_KENDIRI?email_work_card=view-paper

  c. SIM dalam bentuk video: https://www.youtube.com/watch?v=BBWjl8AmT-s

Tarikh Input: 25/09/2023 | Kemaskini: 01/11/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXFDEAR~