Bahagian ini menerangkan secara umum tentang pembangunan Jam Pembelajaran Pelajar (JPP) dan Self-Instructional Materials (SIM) untuk program ODL UPM berdasarkan standard COPPA:ODL (2019). Pematuhan kepada panduan JPP dan SIM oleh pemilik program sangat penting dalam memastikan pematuhan kepada standard COPPA:ODL (2019). 4.1 PANDUAN PEMBANGUNAN JPP ODL
4.1.1 Kriteria Program ODL
Jadual 4.1 Contoh Pematuhan Kriteria Wajib COPPA:ODL (2019) Program ODL Prasiswazah
2. Sesuatu kursus dikategorikan sebagai kursus ODL berdasarkan kriteria berikut: a.Sekurang-kurangnya 80% daripada JPP mesti dilaksanakan secara: i. segerak iaitu disampaikan secara dalam talian atau melalui penggunaan teknologi (online/technology mediated); dan ii. tidak segerak iaitu disampaikan melalui pembelajaran kendiri (independent learning). c. Disokong melalui interaksi yang teratur dan berkesan di antara pelajar dan pensyarah dengan penyediaan SIM dan perkhidmatan sokongan pembelajaran lain yang boleh dicapai melalui LMS. d. Pelaksanaan PdP dengan kaedah bersemuka secara fizikal mestilah tidak melebihi 20% daripada jumlah JPP bagi sesuatu kursus
3. Contoh aktiviti kursus ODL adalah seperti yang digambarkan pada Rajah 4.1 berikut:
Rajah 4.1 Komponen, Mod dan Kategori Bagi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Sesuatu Kursus ODL
4.1.2 Panduan Pembangunan JPP Kursus ODL
2. Pengiraan JPP perlu mengambil kira kesemua aktiviti PdP sesuatu kursus secara formal atau tidak formal, dibimbing/berpandu (guided) atau tidak dibimbing/kendiri (non-guided/independent learning), serta termasuk pentaksiran.
3.JPP bagi sesuatu kursus terdiri daripada: (i) Jam pembelajaran dibimbing/berpandu (guided) sama ada secara bersemuka (guided F2F) atau/dan tidak bersemuka (guided NF2F); (ii) Jam pembelajaran kendiri (non-guided/independent learning NF2F) seperti persediaan pentaksiran, ulangkaji, tugasan, projek); serta (iii)Jam pentaksiran berterusan dan peperiksaan
4. Contoh aktiviti bagi pembelajaran dibimbing/berpandu (guided) dan pembelajaran tidak dibimbing/kendiri (non-guided/independent learning) adalah seperti dalam Jadual 4.2 berikut:
Jadual 4.2 Contoh Aktiviti Bagi Pembelajaran Dibimbing/Berpandu (Guided) dan Tidak Dibimbing/Kendiri (Non-Guided/Independent Learning)
5. JPP disokong melalui aktiviti segerak atau tidak 6. Pelaksanaan kursus ODL mesti melibatkan sekurang-kurangnya satu (1) sesi perjumpaan bersemuka sama ada secara fizikal atau dalam talian. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam sesi ini ialah perbincangan dalam kumpulan dan syarahan. 7. Maklumat JPP perlu diisi di dalam Jadual 4 Bagi memudahkan pengiraan JPP, Table 4 dalam COPPA:ODL (2019) digunakan sebagai templat (https://bit.ly/Table4ODL). Maklumat yang ditulis di dalam Table perlu disalin ke dalam Jadual 4.3 berkenaan.
Jadual 4.3 Ringkasan Maklumat Kursus
8.Pembelajaran segerak merujuk kepada sesi PdP yang mana pensyarah dan pelajar berkumpul pada masa yang sama (fizikal atau maya), dan berinteraksi dalam masa yang sama (tetapi tidak semestinya berada di lokasi yang sama) secara dalam talian atau menggunakan pengantara teknologi (technology mediated) seperti aplikasi persidangan web dan 9. Pembelajaran tidak segerak iaitu pembelajaran kendiri dilakukan di lokasi dan/atau masa yang berbeza. Pensyarah menetapkan tempoh untuk pelajar membaca atau mempelajari bahan pengajaran seperti kuliah, video yang telah dirakam, syarahan audio, slaid interaktif, nota kuliah dan sebarang bahan rujukan pembelajaran yang disyorkan (contohnya laman web, bab dalam buku, kompilasi daripada video dan sebagainya). Pembelajaran berlaku melalui aktiviti secara dalam talian seperti perbincangan interaktif menggunakan forum dan gamifikasi sebagai sebahagian daripada penilaian formatif. 10. Pertimbangan pengiraan jumlah JPP perlu mengambil kira keperluan atau syarat yang unik bagi sesuatu disiplin/kursus. 11. Cadangan peruntukan jam pembelajaran kendiri berdasarkan jam pertemuan bersemuka bagi pelbagai aktiviti PdP dan pentaksiran adalah seperti dalam Jadual 4.4 berikut:
Jadual 4.4 Panduan Anggaran* Peruntukan JPP Bagi Pelbagai Aktiviti PdP dan Pentaksiran
*Nota: Panduan membuat anggaran JPP: Jumlah jam yang dicadangkan hanyalah sebagai panduan. Bagi pembelajaran modul yang masanya ditetapkan atau secara e-pembelajaran, jika 3 jam ditetapkan maka ianya dianggap pembelajaran kendiri.
|
Tarikh Input: 18/09/2023 | Kemaskini: 06/10/2023 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor