Wakil CQA Menghadiri Kunjungan Hormat Universiti Negeri Malang, Indonesia. | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Wakil CQA Menghadiri Kunjungan Hormat Universiti Negeri Malang, Indonesia.

Wakil CQA Menghadiri Kunjungan Hormat Universiti Negeri Malang, Indonesia.

 

 

 

 

 

 

 

12 Julai 2024, Serdang –  Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah dijemput oleh Pusat Antarabangsa (i-PUTRA) ke Mesyuarat Delegasi Universitas Negeri Malang (UM), Republik Indonesia yang membicarakan tentang perkongsian bertajuk Menghubungkan Idea untuk Penonjolan Global pada 12 Julai 2024 di Bilik Lembaga,  Bangunan Canselori Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Perwakilan Universiti Negeri Malang terdiri daripada ;

1) Pengarah, Akademik

2) Pengarah, Pusat Latihan dan Pembangunan Pembelajaran

3) Ketua, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi

4) Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Persuratan

5) Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Matematik dan Sains Semula Jadi

6) Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Pendidikan

7) Ketua Bahagian Penyeragaman Kualiti, Agensi Jaminan Kualiti

8) Penyelaras Kecil Kewangan, Pusat Latihan dan Pembangunan Pembelajaran

9) Ahli pasukan Penyelidikan dan Pembangunan, Pusat Latihan dan Pembangunan Pembelajaran.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato' Prof. Dr. Shamala K. Subramaniam, Dekan, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dan topik yang diutarakan semasa perbincangan berkumpulan adalah berkaitan pengurusan kelas pelajar antarabangsa, pelaksanaan dan penilaian kelas pelajar antarabangsa, sistem maklumat sokongan untuk pembelajaran dan jaminan kualiti yang berkaitan dengan aktiviti penilaian kualiti dan instrumen.

Pusat Jaminan Kualiti (CQA) diwakili oleh Hajah Aidawati Ramali, Ketua Bahagian Data Program dari Jaminan Kualiti Akademik.

Tarikh Input: 15/07/2024 | Kemaskini: 30/08/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W.2025/7/7:0:21:03~noCache