Taklimat Penyediaan Laporan Penilaian Kendiri Program Edisi 2025 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Taklimat Penyediaan Laporan Penilaian Kendiri Program Edisi 2025

Taklimat Penyediaan Laporan Penilaian Kendiri Program Edisi 2025

5 November 2024, Serdang - Pusat Jaminan Kualti (CQA) di bawah Seksyen Audit Program yang diketuai oleh Puan Rahmawati Umar telah mengadakan Taklimat Penyediaan Laporan Penilaian Kendiri Program Edisi 2025 kepada Program Rintis pada 5 November 2024 bertempat di Mini Auditorium 1, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia. Program yang dijalankan selama separuh sehari ini bertujuan untuk menerangkan tentang penyediaan Laporan Penilaian Kendiri Program menggunakan format baharu yang dijangka akan berkuatkuasa mulai tahun 2025. Empat program rintis yang ditawarkan di lima (5) fakulti/sekolah telah terpilih untuk mengikuti Task Force Penulisan PSRR 2.0 yang akan dibantu oleh lapan (8) orang Felo Bersekutu CQA. Program Rintis tersebut adalah seperti berikut:

  1. Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian
  2. Bacelor Sains Biologi dengan Kepujian
  3. Master Keusahawanan
  4. Diploma Pengurusan Perniagaan

 

Sesi taklimat yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Muskhazli Mustafa selaku Pengerusi Task Force PSRR 2.0 telah dihadiri seramai 25 orang wakil program yang terdiri daripada Timbalan Dekan, Ketua Jabatan, Penyelaras dan Pegawai Tadbir.  Sesi penerangan Dr. Muskhazli merangkumi topik pengenalan PSRR, tanggungjawab Jawatankuasa PSRR, cadangan garis masa penyediaan PSRR serta ciri dan format penulisan PSRR. Selain itu, turut diterangkan kaedah dan komponen penulisan yang boleh pihak program fokuskan semasa penulisan PSRR 2.0. Akhir sekali peserta diterangkan tentang pelan tindakan program rintis yang mana beberapa siri bengkel penulisan akan dijalankan mengikut keperluan sehingga pemakaian PSRR 2.0 secara menyeluruh di UPM pada tahun 2025 kelak.

Semoga sesi taklimat ini bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman kepada semua peserta tetapi  membantu pemilik program menyediakan  laporan penilaian untuk Akreditasi Penuh dan Audit Pengekalan yang berkualiti dan memenuhi ekspektasi panel penilai.

Ucapan alu-aluan daripada Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik

Taklimat Penyediaan PSRR 2.0 oleh Prof Madya Dr. Muskhazli Mustafa, Pengerusi Task Force PSRR 2.0

   Peserta bersama Felo Bersekutu yang hadir secara fizikal

 

 
     

Tarikh Input: 12/11/2024 | Kemaskini: 22/11/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W.2025/7/6:22:44:42~noCache