Taklimat Pengurusan Dokumentasi ISO | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Taklimat Pengurusan Dokumentasi ISO

Taklimat Pengurusan Dokumentasi ISO

 

23 Februari 2026, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Taklimat Pengurusan Dokumentasi ISO secara fizikal bertempat di Mini Auditorium 1, Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM kepada semua Timbalan Pegawai Kawalan Dokumen Peneraju Proses (TPKD PP) dan Timbalan Pegawai Kawalan Dokumen Pusat Tanggungjawab (TPKD PTJ) lantikan baharu atau lantikan sedia ada yang belum menghadiri sesi taklimat dokumentasi yang dianjurkan oleh CQA sebelum ini. 

Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan lebih lanjut mengenai tatacara pengurusan dokumentasi ISO UPM, pengurusan dokumen dalaman dan luaran PTJ serta untuk mendapatkan maklum balas daripada TPKD PP/PTJ berhubung pelaksanaan dokumentasi ISO di UPM untuk tujuan penambahbaikan pada masa akan datang.

Sehubungan itu, seramai 39 orang peserta telah hadir pada sesi taklimat ini termasuk peserta daripada UPM Sarawak (UPMS). Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Nurainakmal Binti Kamal Bahrin selaku Pegawai Kawalan Dokumen UPM merangkap Ketua Seksyen Dokumentasi CQA yang menfokuskan kepada perkara-perkara berikut:

1) Terma lantikan Timbalan Pegawai Kawalan
    Dokumen Peneraju Proses (TPKD PP) dan Timbalan
    Pegawai Kawalan Dokumen Pusat Tanggungjawab
    (TPKD PTJ);
 

2) Pengurusan Dokumen Terkawal ISO;

3) Pengurusan Dokumen Rujukan Dalaman dan              Luaran;

4) Semakan Dokumen Belum Pinda Tahun 2022; dan

5) Semakan Kod Klasifikasi Fail dalam Prosedur ISO.

 
       
  Berita ditulis oleh   : Nurainakmal Kamal Bahrin    |  Seksyen Dokumentasi   |  Pusat Jaminan Kualiti

Tarikh Input: 24/02/2026 | Kemaskini: 24/02/2026 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W, (02:51:58am-02:56:58am, 25 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]