Sebagaimana maklum Audit Pemantauan Semakan 1, Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) ISO 14001:2015 oleh SIRIM telah dilaksanakan pada 12 hingga 14 September 2018.
14 September 2018, Serdang - Audit pada tahun ini merupakan audit bagi peralihan Standard baharu yang melibatkan seramai tujuh (7) orang Juruaudit di 14 Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang menjadi sampel audit pada tahun ini. Mesyuarat penutupan audit telah dilaksanakan pada 14 September 2018.
Alhamdulillah UPM telah melepasi Audit Pemantauan Semakan 1 dengan penemuan audit sebanyak satu (1) Laporan Ketakakuran (NCR) dan empat (4) Peluang Penambahbaikan (OFI) sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Ketua Juruaudit semasa Mesyuarat Penutupan.
Tarikh Input: 08/10/2018 |
Kemaskini: 08/10/2018 | naszroul
PERKONGSIAN MEDIA