Swaakreditasi: Lagi 2 Program Master Fakulti Kejuruteraan Diaudit | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Swaakreditasi: Lagi 2 Program Master Fakulti Kejuruteraan Diaudit

Swaakreditasi: Lagi 2 Program Master Fakulti Kejuruteraan Diaudit

 
26 November 2018, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menguruskan Audit Pengekalan Swaakreditasi bagi dua (2 program) di Fakulti Kejuruteraan iaitu Master Kejuruteraan Kejuruteraan Lebuh Raya dan Pengangkutan dan Master Perancangan dan Respons Kecemasan. Audit ini bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang dan melibatkan seramai empat (4) orang panel penilai dalaman universiti. Mereka terdiri dari Prof. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain [Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM)] selaku Pengerusi Panel Penilai dan dibantu oleh Ahli Panel Penilai iaitu Prof. Madya Dr. Sarva Mangala Praveena [Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)], Dr. Hassan Alli [Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina (FRSB)] dan Dr. Tan Yen Peng [Fakulti Sains (FS)]. Pelaksanaan audit melibatkan penilaian ke atas dokumen program dengan merujuk kepada sembilan (9) bidang penilaian dalam standard Ijazah Sarjana dan Kedoktoran dan Standard Program Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan. Kedua-dua program ini telah mendapat Akreditasi Penuh pada 12 Disember 2013.
 

Tarikh Input: 28/11/2018 | Kemaskini: 28/11/2018 | naszroul

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXDdUAt~