Sambutan Sedekad Pusat Jaminan Kualiti (CQA) 2025 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Sambutan Sedekad Pusat Jaminan Kualiti (CQA) 2025

Sambutan Sedekad Pusat Jaminan Kualiti (CQA) 2025

 

11 November 2025, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menganjurkan Sambutan Sedekad CQA pada 11 November 2025 di Bangunan Canselori Putra UPM. Sambutan diadakan bagi meraikan perjalanan dan pencapaian CQA sepanjang 10 tahun penubuhannya. Tema sambutan iaitu, “Mengandalkan Kualiti, Memperkukuh Legasi”, diangkat bersempena komitmen CQA dalam menjadikan jaminan kualiti sebagai tunjang kecemerlangan akademik dan perkhidmatan di UPM.

Pengisian utama sambutan adalah program Bual Bicara: ‘Sedekad Menjulang Kualiti Memacu Kecemerlangan Pendidikan Tinggi’, Pameran Projek Inovasi Perkhidmatan dan Pembudayaan EKSA Terbaik dari iDEC, FBMK, K10, HSAAS, FK, Pejabat Pendaftar, FP, BHEP, reruai CQA: Pameran Pencapaian CQA, Kuiz dan “Appreciation Corner” serta jualan produk pertanian oleh Pusat Pertanian Putra.

Program sambutan diserikan dengan Pelancaran Coffee Table Book Sedekad CQA, pelancaran Kerangka Jaminan Kualiti UPM (UPMQAF), pelancaran buku terbitan CQA iaitu Laporan Dwitahunan Pemberi Pendidikan Tinggi Berstatus Swaakreditasi Bagi Tahun 2022- 2024, Panduan Penyediaan Laporan Penilaian Kendiri Program (Programme Self-Review Report (PSRR) 2.0 UPM dan Laporan ‘MQA Award 2025’ : Anugerah Kecemerlangan Pemberi Pendidikan Tinggi: Jaminan Kualiti Dalaman (IQA) dan pemberian sijil penghargaan kepada Felo Adjung dan Felo Bersekutu CQA. Kemuncak sambutan adalah acara potong pulut kuning sebagai simbolik 10 tahun penubuhan CQA.

Program sambutan turut dihadiri oleh Yang Berbahagia, Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM, mantan-mantan staf CQA serta Yang Berbahagia, Profesor Ts. Dr. M. Iqbal Saripan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Yang Berbahagia Profesor Dr. Amin Ismail, Profesor Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang juga merupakan mantan-mantan Pengarah CQA sebagai panel Pemimpin Inspirasi Bual Bicara.

 

 

Berita ditulis oleh : Zenaida Md Zenon  |  Seksyen Audit Kualiti   |  Pusat Jaminan Kualiti

Tarikh Input: 02/12/2025 | Kemaskini: 19/12/2025 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
X, (11:51:37pm-11:56:37pm, 09 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]