Perutusan Pengarah CQA Tahun 2023 & Bacaan Yasin Serta Doa Selamat | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Perutusan Pengarah CQA Tahun 2023 & Bacaan Yasin serta Doa Selamat

Perutusan Pengarah CQA Tahun 2023 & Bacaan Yasin serta Doa Selamat

     
   
     
   
     
   
     

 

  

20 Januari 2023, Serdang -     Kelab Kebajikan dan Sosial (KKS), Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menganjurkan Majlis Perutusan Pengarah Tahun 2023 yang telah dihadiri oleh ahli pengurusan dan staf di Bilik Mesyuarat CQA. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari Presiden KKS yang disampaikan oleh Cik Aidawati Ramali. Sebahagian daripada pengisian program yang diadakan di pagi Jumaat, KKS turut menjemput Al-Fadhil Ustaz Mohd Firdaus bin Abd Rashid dari Pusat Islam untuk memimpin bacaan Surah Yasin dan Doa Selamat. 

Sejurus selepas itu, YBhg. Prof. Dr. Amin Ismail selaku Pengarah CQA menyampaikan ucapan beliau. Dalam ucapan beliau, beliau menitipkan pesanan kepada semua staf agar sentiasa bersyukur di atas rezeki yang Allah kurniakan dalam pelbagai bentuk. Beliau turut memberikan kata-kata semangat agar staf meneruskan tanggungjawab yang telah diamanahkan sebaik mungkin sepanjang tahun 2023. 

Majlis juga diserikan dengan sesi penyampaian buah tangan atau goodies beg pemberian Pengarah dan Timbalan Pengarah sebagai menghargai komitmen dan pencapaian staf untuk tahun 2022. Di akhir majlis, upacara memotong kek pulut kuning dan jamuan makan secara potluck diadakan. Antara juadah potluck yang dibawa oleh staf adalah meatball, spaghetti, sagu gula melaka, cream puff, peach strudel cheesetart, buah-buahan, bubur kacang, kek pisang, carrot cake, air jus, ubi dan sambal, donut, pau goreng, laksa penang, puding gula hangus dan nasi hujan panas.

Tarikh Input: 15/02/2023 | Kemaskini: 28/04/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXETSAp~