Penyertaan CQA Dalam Sayembara Puisi Merdeka Inter PTJ | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Penyertaan CQA dalam Sayembara Puisi Merdeka Inter PTJ

Penyertaan CQA dalam Sayembara Puisi Merdeka Inter PTJ

22 Ogos 2024, Serdang – Sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2024 yang bertemakan "Malaysia Madani: Jiwa Merdeka", Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menghantar penyertaan Pertandingan Sayembara Puisi Merdeka Inter-PTJ bagi Program Semarak Merdeka UPM 2024 anjuran Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM.  Penyertaan ini bertujuan untuk menyemarakkan, memupuk dan meningkatkan semangat patriotik di kalangan warga kampus UPM.

Seramai 53 penyertaan staf dari pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UPM bagi pertandingan tersebut. Puan Nurainakmal Kamal Bahrin, Penolong Pendaftar Kanan telah mewakili Pusat Jaminan Kualiti bagi pertandingan tersebut yang telah berlangsung pada 22 Ogos 2024 bertempat di Panggung Percubaan, PKKSSAAS, UPM dengan puisi bertajuk Pahlawan Kemerdekaan, sajak nukilan oleh Usman Awang seperti berikut:

 

 

Pahlawan!

jika hilangmu tanpa pusara

jika pusaramu tanpa nama

jika namamu tanpa bunga

penjajah mengatakan kau derhaka

maka kaulah pahlawan sebenarnya.

 

Gema seabad silam

inggeris datang meredah pahang

bersama peluru bersama senapang

membunuh menangkap setiap pejuang.

 

Sungai Semantan berubah merah

bukan sarap hilir ke kuala

bukan rakit mudik ke hulu

arus merahnya menjulang mayat

pahlawan bangsa pahlawan rakyat

tujuh liang dadanya tersayat.

 

Pahlawan!

untukmu derita untukmu penjara

bukan bintang tersemat di dada

semangatmu api negara berdaulat

namamu terukir di jantung rakyat.

*Nukilan: Usman Awang

 
     

Pemenang bagi pertandingan tersebut adalah:

Johan                     : Encik Muhammad Azim Khairul Amir (FPSK)

Naib Johan            : Encik Suhairey Shah Mashara (FBMK)

Tempat Ketiga      : Puan Marni binti Kasim (Pejabat Pendaftar)

 

 

Tarikh Input: 20/09/2024 | Kemaskini: 16/10/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W.2025/7/7:4:08:51~noCache