|
21 Ogos 2025, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menghantar seorang (1) wakil CQA bagi tujuan penyertaan ke Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Inter-PTJ, Program Semarak Merdeka 2025 anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) bertempat di Panggung Percubaan UPM. Puan Nurainakmal Kamal Bahrin, Pegawai Tadbir yang juga merupakan Ketua Seksyen Dokumentasi, Jaminan Kualiti Perkhidmatan, CQA UPM telah menyampaikan sebuah puisi berbentuk sajak yang bertajuk “Tanah Airku Sejahtera”. Puisi berkenaan merupakan hasil nukilan bersama staf Pusat Jaminan Kualiti. Pada majlis yang telah diadakan secara penuh gilang gemilang ini, Wakil CQA, UPM telah berjaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Juri Kategori Busana Terbaik dalam pertandingan tersebut. Bagi tujuan variasi, persembahan pentas juga telah dibantu oleh beberapa orang staf CQA iaitu Puan Puteri Nurasikin Nasarudin, Puan Norliyani Anor, Puan Anis Syahirah Abdullah, Encik Izzul Muzakkir Aris, Encik Muhamad Amirul Ashraf Zulkifli dan Cik Najidah Salim. Persediaan bagi penyertaan ini juga adalah hasil kerjasama semua staf CQA dalam memberikan sokongan berbentuk pasukan penyokong yang berperanan dalam membantu penyediaan peralatan dan latihan persembahan. Inisiatif penyertaan ini telah memberikan impak positif dalam menyerlahkan visibiliti CQA dari aspek budaya kerja berpasukan serta penghayatan inovasi dan kreativiti dalam tugasan. |
![]() |
| Berita ditulis oleh | : Siti Fatimah Hasim | Seksyen Pembudayaan Kualiti | Pusat Jaminan Kualiti |
Tarikh Input: 22/10/2025 | Kemaskini: 01/12/2025 | aidawati

(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor