Penilaian Peringkat Kedua EKSA CQA Tahun 2024 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Penilaian Peringkat Kedua EKSA CQA Tahun 2024

Penilaian Peringkat Kedua EKSA CQA Tahun 2024

         
         

12 September 2024, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Putra Malaysia telah melaksanakan Penilaian Peringkat Kedua Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PTJ pada 31 Julai 2024, jam 2.30 petang. Penilaian Peringkat Kedua ini adalah bagi tujuan pemarkahan Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) Tahun 2023/2024.

Penilaian telah dilaksanakan oleh Puan Nor Hasni Zahari, Jurutera dari Fakulti Kejuruteraan dan Encik Zamre Yaacob, Pegawai Tadbir dari Fakulti Ekologi Manusia. Sesi penilaian dimulakan dengan aluan oleh Puan Haslida Hassan, Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana EKSA CQA dan diikuti oleh taklimat mengenai pelaksanaan dan pencapaian EKSA CQA oleh Puan Zenaida Md Zenon yang juga Penyelaras EKSA CQA.

Panel penilai kemudian dibawa ke keseluruhan ruang CQA di dalam skop EKSA iaitu ruang pejabat, bilik mesyuarat, pantri, bilik ISO, bilik solat, tandas, ruang cetak dan stor peralatan pejabat untuk dinilai. Pegawai yang Bertanggungjawab (PYB) kepada ruang-ruang yang berkaitan telah memberi penerangan kepada penilai mengenai pelaksanaan dan penambahbaikan yang telah dibuat di ruang masing-masing. Pembentangan penilaian oleh kedua-dua panel telah dilaksanakan pada jam 4.30 petang dengan dihadiri oleh semua staf CQA termasuk Prof. Ir. Ts. Dr. Abd Rahim Abu Talib, Pengarah CQA bagi mendapat input hasil penilaian EKSA yang dijalankan. Sesi penilaian ditamatkan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada penilai oleh Pengarah CQA.

         
   

Tarikh Input: 13/09/2024 | Kemaskini: 13/09/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W.2025/7/7:2:56:47~noCache