Penganjuran Latihan Penulisan Laporan Audit Komprehensif | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Penganjuran Latihan Penulisan Laporan Audit Komprehensif

Penganjuran Latihan Penulisan Laporan Audit Komprehensif

30 Julai 2024, Serdang - Pusat Jaminan Kualti (CQA) di bawah Seksyen Audit Institusi yang diketuai oleh Encik Salahuddin Ahmad Ayob telah mengadakan Latihan Penulisan Laporan Audit Komprehensif pada 30 Julai 2024 bertempat di Mini Auditorium 1, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia. Program yang dijalankan selama separuh sehari ini bertujuan  memantapkan pengetahuan penyediaan laporan audit komprehensif di kalangan Ahli Panel Penilai Dalaman yang terlibat dengan audit program. Seramai 29 orang Panel Penilai Dalaman dari kategori Junior dan Senior telah menghadiri latihan ini yang dibahagikan kepada dua (2) slot. 

Slot pertama telah dikendalikan oleh Profesor Ir. Ts. Dr. Abd. Rahim Abu Talib selaku Pengarah CQA yang menyampaikan tajuk "Penyegaran Outcome Based Education (OBE)". Beliau telah berkongsi tantang realiti semasa pelaksanaan OBE di UPM beserta contoh borang CAS & CAM. Manakala untuk slot kedua, peserta telah didedahkan dengan tentang teknik penulisan audit yang komprehensif. Slot tersebut telah disampaikan oleh  Profesor Ts. Dr. M. Iqbal Saripan yang merupakan Profesor Adjung, CQA

Semoga tips-tips dan panduan yang dikongsikan akan meningkatkan kefahaman serta kompetensi dan seterusnya membantu Panel Penilai Dalaman menghasilkan penulisan laporan penilaian untuk Akreditasi Sementara, Akreditasi Penuh dan Audit Pengekalan yang menyeluruh, berkualiti dan mencapai standard yang ditetapkan.

 

  
   
  
 

Tarikh Input: 24/10/2024 | Kemaskini: 31/10/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W.2025/7/7:6:33:40~noCache