24 Oktober 2023, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah berjaya menganjurkan projek sulung untuk penjanaan pendapatan melalui penganjuran kursus "COPPA for Beginners" yang telah diadakan pada 24 Oktober 2023 bertempat di Putra Future Classroom, Fakulti Pengajian Pendidikan. Kursus ini telah berjaya menarik 17 orang peserta dari UPM Education Training (UPMET) seramai 5 orang, Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) seramai 3 orang, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) seramai 2 orang, Taylor's University Lakeside Campus seramai 2 orang, ALFA University College seramai 2 orang dan Universiti Putra Malaysia seramai 2 orang. Barisan penceramah yang terlibat dalam menjayakan kursus ini terdiri daripada Felo Bersekutu CQA iaitu Prof. Madya Dr. Muskhazli Mustafa (Fakulti Sains), Prof. Madya Ir. Dr. Farah Nora Aznieta Abd. Aziz (Fakulti Kejuruteraan) dan Prof. Madya Dr. Fazirulhisyam Hashim (Fakulti Kejuruteraan). Fokus utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta topik seperti berikut:
Melalui penganjuran kursus ini, hasil janaan pendapatan yang telah diperolehi adalah sebanyak RM 5710.00 |
||
Tarikh Input: 31/10/2023 | Kemaskini: 31/10/2023 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor