Pelancaran Buku Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam UPM (EKSA) & Buku Pengurusan Dan Pentadbiran ISO UPM (PESAN) | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Pelancaran Buku Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam UPM (EKSA) & Buku Pengurusan dan Pentadbiran ISO UPM (PESAN)

Pelancaran Buku Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam UPM (EKSA) & Buku Pengurusan dan Pentadbiran ISO UPM (PESAN)

 

6 Disember 2022, Serdang - Bersempena sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah  diadakan pada 6 Disember 2022 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM, Pusat Jaminan Kualiti telah mengadakan majlis pelancaran Buku Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam UPM (EKSA) & Buku Pentadbiran dan Pengurusan ISO UPM (PESAN) yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Profesor Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM .

Buku Panduan Pelaksanaan EKSA UPM ini dihasilkan untuk membantu seluruh warga Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam menyokong usaha pelaksanaan EKSA bagi mewujudkan persekitaran kerja kondusif yang berimej korporat, kreatif dan berinovasi dengan penerapan amalan kelestarian hijau. Panduan ini memperjelaskan Konsep EKSA iaitu penjenamaan semula Amalan 5S, tindakan yang perlu diambil pada setiap peringkat pelaksanaan, kaedah pengauditan yang diguna pakai, kelayakan serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan pengiktirafan dalaman atau pensijilan EKSA MAMPU. Panduan ini selaras dengan hasrat pihak Universiti untuk melaksanakan aktiviti/program kelestarian hijau yang menyeluruh di seluruh kampus UPM bagi menyokong Penarafan UI-Green Metric.

Manakala Buku Pentadbiran dan Pengurusan  ISO UPM (PESAN) merupakan buku hasil inisiatif CQA yang dibangunkan sebagai rujukan warga UPM dalam menghayati sejarah perkembangan ISO serta struktur pentadbiran kualiti UPM secara menyeluruh sebagai sistem sokongan untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Pelan Strategik serta Visi dan Misi UPM.

 

Buku Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam UPM (EKSA) Klik untuk lihat
Buku Pentadbiran dan Pengurusan ISO UPM (PESAN) Klik untuk lihat

 

Tarikh Input: 15/12/2022 | Kemaskini: 18/12/2022 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1508
03-9769 1489
BWCCKAz:10:22