Sesi Libat Urus Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Bersama PPT Berstatus Swaakreditasi | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Sesi Libat Urus Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Bersama PPT Berstatus Swaakreditasi

Sesi Libat Urus Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Bersama PPT Berstatus Swaakreditasi

20 April 2024, Cyberjaya - Sesi Libat Urus MQA bersama PPT berstatus Swaakreditasi di Universiti Multimedia (MMU) yang telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Dr Azlinda Azman pada 20 April 2024 merupakan program julung kali anjuran MQA dengan kerjasama MMU yang telah dihadiri oleh 19 PPT melibatkan lapan universiti awam, tujuh universiti swasta dan empat universiti/kampus cawangan. YBhg. Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor bersama Prof. Ir. Ts. Dr. Abd. Rahim Abu Talib, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti, Puan Rahmawati Umar, Ketua Seksyen Audit Program, Encik Salahudin Ahmad bin Ayob, Ketua Seksyen Audit Institusi, Prof. Madya Dr. Suriana Sabri, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (CADE-Lead), Encik Mohd Nazri bin Md Yasin, ,  Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Puan Besek Intan Zafina binti Basok, Ketua Bahagian Urus Tadbir Akademik, Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik antara yang hadir mewakili Universiti Putra Malaysia dalam sesi tersebut.

 

     
 

Tujuan utama sesi ini diadakan adalah bagi memaklumkan prestasi umum PPT berstatus Swaakreditasi sepanjang tempoh penganugerahan serta perkembangan terkini berhubung jaminan kualiti seterusnya memberi ruang kepada PPT berstatus Swaakreditasi untuk mendapatkan maklumat secara langusung berkaitan perkhidmatan MQA.

Laporan dapatan audit MQA telah merekodkan satu PPT mencatat skor 90%, julat skor 80% sebanyak tujuh PPT, julat skor 70% sebanyak enam PPT, julat skor 60% sebanyak dua PPT dan 50% sebanyak dua PPT. Secara umumnya, pihak MQA telah menekankan kepentingan dan tindakan susulan yang perlu dibuat oleh PPT bagi menangani isu prestasi yang semakin merundum bagi kebanyakan PPT yang berstatus Swaakreditasi berdasarkan dapatan penilaian semasa untuk mengekalkan skor 80% ke atas.

Harapan MQA terhadap PPT berstatus Swaakreditasi agar terus patuh kepada semua dasar dan standard yang berkuatkuasa supaya PPT yang diperakui swa mempunyai reputasi yang cemerlang, disegani dan menjadi contoh kepada PPT/agensi dalam dan luar negara yang lain dari semua aspek terutamanya berkaitan kualiti pendidikan tinggi.

 

     

Take-home message sesi ini yang UPM serta wakil PPT lain perlu ambil serius adalah memahami makna status swa itu sendiri yang merupakan satu Prestige yang perlu dijaga dan dikekalkan dan bukan sebagai privilege untuk bermegah dan bertindak sesuka hati tanpa mematuhi dasar, standard dan ketetapan lain oleh pihak berautoriti.

Tarikh Input: 03/05/2024 | Kemaskini: 03/05/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
WXFSOAW~