|
19 Ogos 2025, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) ISO Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) UPM Kali Ke-15 (Tahun 2025) bertempat di Dewan Senat, Bangunan Canselori Putra, UPM dan bersiaran langsung menerusi Google Meet bersama pihak UPM Sarawak. Mesyuarat adalah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah selaku Naib Canselor, UPM. Mesyuarat ini dilaksanakan bagi mematuhi keperluan Standard Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 & Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ISO/IEC 27001:2022 [Klausa 9.3]. MKSP ISO QMS & ISMS UPM adalah dijalankan mengikut Takwim Aktiviti Kualiti Perkhidmatan UPM 2025 iaitu sekali dalam tempoh setahun. Objektif mesyuarat adalah bagi melaksanakan semakan pengurusan ke atas sistem pengurusan ISO QMS dan ISMS secara berkala untuk memastikan ia adalah kekal relevan, mencukupi dan berkesan, membuat penilaian ke atas peluang penambahbaikan dan keperluan perubahan kepada ISO termasuk Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti, Dasar dan Objektif ISMS. Pembuatan keputusan menerusi mesyuarat ini adalah amat penting dari aspek pengurusan kualiti secara holistik bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan UPM adalah berkesan. Struktur Pengurusan dan Pemantauan Keseluruhan Sistem Pengurusan Kualiti UPM adalah seperti berikut:
|
|||
![]() |
|||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
| Berita disumbangkan oleh | : Siti Fatimah Hasim | Seksyen Pembudayaan Kualiti | Pusat Jaminan Kualiti |
Tarikh Input: 22/10/2025 | Kemaskini: 06/11/2025 | aidawati

(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor