28 Februari 2025, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Kualiti Kali ke-62 pada 25 Februari 2025 bertempat Dewan Senat, Tingkat 1, Bangunan Canselori Putra, Universiti Putra Malaysia. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat pertama pada tahun 2025 yang juga adalah aktiviti tahunan yang telah dijadualkan dalam Takwim Aktiviti Kualiti Perkhidmatan UPM bagi Tahun 2025. Seramai 58 orang ahli yang terdiri daripada Timbalan Wakil Pengurusan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS), Timbalan-Timbalan Wakil Pengurusan Peneraju Proses (TWP PP), Timbalan-timbalan Wakil Pengurusan Pusat Tangggungjawab (TWP PTJ), Pegawai Kawalan Dokumen Universiti, Penyelaras Audit Universiti , Penyelaras Kepuasan Pelanggan Universiti, Pegawai Rekod Jabatan Universiti, Penyelaras Latihan Staf Universiti serta wakil-wakil hadir ke sesi mesyuarat yang dipengerusikan oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Abd. Rahim Abu Talib yang merupakan Pengarah Pusat Jaminan Kualiti merangkap Wakil Pengurusan ISO UPM.
Jawatankuasa Kualiti UPM berperanan untuk :
Ahli jawatankuasa mesyuarat juga mengambil perhatian berkenaan pelaksanaan peralihan standard Baharu MS ISO/IEC 27001:2022 dan Jawatankuasa Kerja ISMS telah mengadakan beberapa siri bengkel bagi pengemaskinian dokumentasi dan instrumen penilaian risiko ISMS. Pihak Pusat Jaminan Kualiti (CQA) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Kualiti UPM yang telah memberikan komitmen berterusan dalam melaksanakan agenda kualiti di peringkat PTJ dan UPM. |
||
Tarikh Input: 28/02/2025 | Kemaskini: 03/03/2025 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor