![]() |
|
|
|
||
![]() |
![]() |
|
19 Julai 2024, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Kualiti Kali ke-60 pada 19 Julai 2024 bertempat di Bilik Persidangan Jurutera, Fakulti Kejuruteraan. Mesyuarat ini merupakan aktiviti tahunan yang telah dijadualkan dalam Takwim Aktiviti Kualiti Perkhidmatan UPM bagi Tahun 2024. Seramai 58 orang ahli yang terdiri daripada Timbalan Wakil Pengurusan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS), Timbalan-Timbalan Wakil Pengurusan Peneraju Proses (TWP PP), Timbalan-timbalan Wakil Pengurusan Pusat Tangggungjawab (TWP PTJ), Pegawai Kawalan Dokumen Universiti, Penyelaras Audit Universiti , Penyelaras Kepuasan Pelanggan Universiti, Pegawai Rekod Jabatan Universiti, Penyelaras Latihan Staf Universiti serta wakil-wakil hadir ke sesi mesyuarat yang dipengerusikan oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Abd. Rahim Abu Talib yang merupakan Pengarah Pusat Jaminan Kualiti merangkap Wakil Pengurusan ISO UPM. Jawatankuasa Kualiti UPM berperanan untuk :
Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah seperti berikut:
Pemakluman perubahan struktur organisasi Pusat Jaminan Kualiti (CQA) yang berkuat kuasa pada 1 April 2024 juga dibentangkan untuk perhatian semua ahli mesyuarat.Mesyuarat juga mengucapkan tahniah kepada ahli baharu Jawatankuasa Kualiti UPM yang melibatkan 13 pegawai dari pelbagai PTJ dan turut mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan komitmen kepada mantan JK Kualiti dalam memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan UPM sentiasa cemerlang dan berkesan. Pihak Pusat Jaminan Kualiti (CQA) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Kualiti UPM yang telah memberikan komitmen berterusan dalam melaksanakan agenda kualiti di peringkat PTJ dan UPM. Selain itu, penghargaan kepada semua kerana telah bersama-sama menjayakan pelaksanaan Audit Dalaman UPM di peringkat PTJ bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) dalam tempoh yang ditetapkan (22 April 2024 hingga 28 Jun 2024). |
Tarikh Input: 29/08/2024 | Kemaskini: 01/09/2024 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor