Majlis Titipan Memori Seikhlas Budi | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Majlis Titipan Memori Seikhlas Budi

Majlis Titipan Memori Seikhlas Budi

3 September 2024, Serdang - Bersempena perpindahan En. Salahuddin Ahmad Ayob (mantan Ketua Seksyen Audit Institusi, Jaminan Kualiti Akademik) dan En. Ahmad Hafizd Hitam (Ketua Seksyen Pentadbiran dan Kewangan) ke PTJ baharu, Kelab Kebajikan dan Sosial (KKS) telah mengadakan majlis perpisahan bagi mengenang jasa dan khidmat bakti kedua-dua staf selama berkhidmat di Pusat Jaminan Kualiti (CQA).

Majlis bertemakan "Titipan Memori Seikhlas Budi" itu telah diadakan pada 3 September 2024 bertempat di House of Kambing, Bangi telah dihadiri oleh semua staf CQA. Majlis telah dimulakan dengan ucapan Pengarah CQA, Prof. Ir. Ts. Dr. Abd. Rahim Abu Talib dan diikuti dengan Timbalan Pengarah, Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria dan Hjh. Puan Haslida Hassan yang  menitipkan kata penghargaan dan  ucapan terima kasih buat staf yang diraikan. 

En. Salahuddin yang berpindah ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan pada 1 Ogos 2024 telah memulakan tugasan di CQA pada 2 Januari 2024. Atas komitmen beliau, UPM telah berjaya mendapat perakuan akreditasi Pusat Penilaian APEL.C untuk tempoh 5 tahun mulai 13 Ogos 2024 hingga 12 Ogos 2029. Beliau juga telah terlibat dalam projek rintis penilaian kesetaraan Massive Open Online Course (MOOC)/Micro-Credentials bagi kursus Mata Pelajaran Universiti (MPU).

Manakala, En. Ahmad Hafizd telah terlibat dalam pengurusan kualiti UPM selama 10 tahun sejak tahun 2014  ketika Bahagian Jaminan Kualiti masih berada di bawah Pejabat Pendaftar. Beliau merupakan antara staf terawal Pusat Jaminan Kualiti yang ditubuhkan pada 1 November 2015.

Dalam majlis tersebut,  En. Salahuddin Ahmad dan  En. Ahmad Hafizd telah diberikan peluang untuk menyampaikan ucapan perpisahan buat warga kerja CQA dan turut menerima cenderahati daripada KKS dan staf CQA sebagai tanda kenang-kenangan. Selepas itu, majlis telah mengalu-alukan dan memperkenalkan Puan Shaerin Azlin Rahman selaku Ketua Seksyen Audit Institusi yang baharu. 

 

 

  
     
   
     
 
     
     
     
     
     
     
     
     
     
 
     

Tarikh Input: 24/10/2024 | Kemaskini: 31/10/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W.2025/7/7:10:21:47~noCache