29 Mei 2024, Serdang - Puan Shamriza Shari telah diraikan dalam satu majlis perpisahan bertemakan Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih sempena perpindahan beliau ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan, Industri dan Masyarakat) bermula 15 Mei 2024 setelah berkhidmat di Pusat Jaminan Kualiti selama 8 tahun sebagai Ketua Seksysen Dokumentasi. Majlis tersebut telah diadakan pada 29 Mei 2024 di Selasih Dim Sum Restoran, Tanera Hotel Bangi dengan dihadiri seramai 15 orang famili CQA. Majlis telah dimulakan dengan ucapan Pengarah CQA, Prof. Ir. Ts. Dr. Abd. Rahim dan disusuli dengan ucapan Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan, Puan Haslida Hassan yang menyampaikan penghargaan dan terima kasih terhadap komitmen, idea dan dedikasi Puan Shamriza dalam pengurusan dokumentasi ISO, ISMS UPM dan EKSA UPM. Antara sumbangan beliau di CQA, beliau telah membantu UPM mengekalkan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS), penciptaan logo rasmi EKSA UPM yang mempunyai Pensijilan Cap Dagangan, perubahan simbol Cap Dagangan logo EKSA daripada ‘TM’ (Trademark) kepada ‘R’ (Registered), penerbitan Buku Pentadbiran dan Pengurusan ISO (PESAN) UPM, Panduan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) UPM dan bertindak sebagai Floor Manager untuk Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM. Puan Shamriza turut diberikan kesempatan mendedikasikan ucapan buat semua staf CQA. Sebagai tanda kenangan, KKS telah menyediakan cenderamata dan disusuli dengan pemberian hadiah peribadi daripada staf dan sesi bergambar sebelum disudahi dengan jamuan makan.
|
||||
![]() |
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 29/06/2024 | Kemaskini: 29/06/2024 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor