|
13 Januari 2026, Putrajaya – Majlis Persaraan bagi meraikan jasa dan sumbangan Puan Hajah Haslida Hassan telah berlangsung dengan penuh penghargaan pada 13 Januari 2026, bertempat di RBG Restaurant, Park Inn by Radisson Putrajaya. Majlis bertemakan warna biru dan putih ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial (KKS) Pusat Jaminan Kualiti (CQA) sebagai tanda penghormatan atas dedikasi beliau sepanjang tempoh perkhidmatan.
Majlis dimulakan dengan pembukaan rasmi oleh Presiden Kelab KKS, Puan Nurainakmal Kamal Bahrin, sebelum diteruskan dengan ucapan oleh Pengarah CQA, Profesor Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, K.B., P.A. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan atas sumbangan dan komitmen yang telah diberikan oleh Puan Hajah Haslida sepanjang tempoh perkhidmatannya serta mendoakan kesejahteraan beliau selepas bersara. Acara kemuncak majlis ialah ucapan daripada Puan Hajah Haslida sendiri. Dalam suasana penuh emosi dan keikhlasan, beliau berkongsi pengalaman sepanjang perjalanan kerjayanya serta mengambil kesempatan untuk menyebut dan menggambarkan keperibadian rakan-rakan sekerja seorang demi seorang sebagai tanda penghargaan dan kenangan yang amat bermakna. Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian hadiah daripada pihak Kelab sebagai simbolik penghargaan sebelum para tetamu menikmati jamuan makan dalam suasana santai dan mesra. Majlis kemudiannya berakhir dengan sesi bergambar dan bersurai dengan meninggalkan seribu kenangan indah. Sesungguhnya, “Simfoni Kerjaya, Senandung Persaraan” amat bertepatan dalam menggambarkan perjalanan kerjaya seorang insan berdedikasi yang jasanya akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga CQA. |
|||
| Berita ditulis oleh | :Puteri Nurasikin Nasarudin | Seksyen Pentadbiran dan Kewangan | Pusat Jaminan Kualiti |
Tarikh Input: 24/02/2026 | Kemaskini: 24/02/2026 | aidawati

(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor