![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
25 April 2024, Putrajaya - Majlis Sulaman Memori Junjungan Budi buat Prof. Dr. Amin Ismail, mantan Pengarah, Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah diadakan pada 25 April 2024 bertempat di Latest Recipe, Le’Meridien Hotel, Putrajaya dengan dihadiri seramai 16 orang famili CQA. Majlis juga turut disertai bekas staf CQA iaitu Puan Nurhanisah Sadun dan Pn. Azarizam Ali yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran Prof. Dr. Amin. Kelab Kebajikan dan Sosial, Pusat Jaminan Kualiti (KKS CQA) telah menganjurkan majlis tersebut sebagai menghargai jasa dan komitmen Prof. Dr. Amin sebagai Pengarah setelah menerajui CQA selama 7 tahun mulai 1 Mac 2017 sehingga 31 Mac 2024. Beliau merupakan Pengarah CQA yang kedua dilantik semenjak CQA ditubuhkan pada 1 November 2015. Dalam majlis tersebut,Pengarah CQA yang baharu iaitu Prof. Ir. Ts. Dr. Abd. Rahim Abu Talib telah menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan Prof. Dr. Amin dari aspek jaminan kualiti perkhidmatan dan kualiti akademik sehingga UPM berjaya mengekalkan status swaakreditasi buat kali kedua pada tahun 2022. Sejurus itu, Prof. Dr. Amin telah diberikan penghormatan untuk mendedikasikan ucapan buat semua staf CQA. Sebagai tanda kenangan, KKS telah menyediakan cenderamata disamping semua staf juga turut menerima cenderamata pemberian Prof. Dr. Amin. Ini disusuli dengan pemberian hadiah peribadi daripada staf dan sesi bergambar sebelum disudahi dengan jamuan makan.
|
Tarikh Input: 28/05/2024 | Kemaskini: 18/06/2024 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor