Majlis Penutupan Program DQ Champ Tahun 2019 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Majlis Penutupan Program DQ Champ Tahun 2019

Majlis Penutupan Program DQ Champ Tahun 2019

1 September 2019, Serdang – Sekitar kurang lebih jam 12 Tengari, bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Jaminan Kualiti, Aras 4, Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM berlangsungnya majlis penutupan dan sesi penyampaian cenderamata kepada pelajar dan fasilitator yang terlibat bagi program DQ Champ Tahun 2019 .  Majlis penutup tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Madya Dr. Noor Azman Ali, Timbalan Pengarah, Pusat Jaminan Kualiti, UPM.  Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ibu dan Bapa bagi pelajar yang terlibat.

Urusetia bagi Program DQ Champ Tahun 2019 dan semua warga Pusat Jaminan Kualiti, UPM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Puan Noorizai Mohamad Noor, mantan Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan, Pusat Jaminan Kualiti di atas sumbangan beliau sepanjang program ini dijalankan.  Tidak dilupakan kepada 2 orang fasilitator yang menyumbang tenaga dan masa sepanjang 8 bulan program ini dijalankan iaitu Cik Aimi Nabila Zailan dan Cik Aimi Najla Zailan.  Serta 9 orang pelajar yang berjaya menhadiri program ini dengan jayanya iaitu Muhammad Hafiz Hakimi Mohd Roslan, Nurkhaliesyah Anis Mohd Khairuddin, Mohamad Adam Danish Muhammad Hadhrami, Ibrahim Normin, Nur Zulaikha Mohd Rizal. Muhammad Iqbal Nurahim, Nuraliah Farhanah Raheny dan Siti Nurain Zafirah Zuraimi. Dimoga program DQ Champ ini dapat membantu pelajar-pelajar tersebut bagi menghadapi peperiksaan yang mereka akan hadapi.

Tarikh Input: 30/09/2019 | Kemaskini: 30/09/2019 | normuliana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXDdXAV~