Majlis Jasamu Dikenang Buat Timbalan Pengarah,Prof. Dr. Noor Azman Ali | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Majlis Jasamu Dikenang Buat Timbalan Pengarah,Prof. Dr. Noor Azman Ali

Majlis Jasamu Dikenang Buat Timbalan Pengarah,Prof. Dr. Noor Azman Ali

28 September 2022, Bangi - Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan Prof. Dr. Noor Azman Ali, Timbalan Pengarah Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah diadakan di Bangi Resort Hotel dengan dihadiri seramai 15 orang keluarga CQA.

Dalam majlis tersebut, Prof. Dr. Amin Ismail telah menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih atas komitmen dan sumbangan Prof. Dr. Noor Azman sepanjang berkhidmat di CQA. Beliau yang bersara wajib pada 6 Oktober 2022 telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah CQA selama 5  tahun sejak 15 Jun 2017.

Prof. Dr. Noor Azman amatlah berjasa dalam memainkan fungsi dan peranan yang besar dalam memacu agenda jaminan kualiti di UPM melalui pengekalan pensijilan QMS MS ISO 9001, ISMS ISO/IEC 27001, MS  ISO/IEC 17025 dan status swaakreditasi sejak beliau berkhidmat di Bahagian Perancangan Korporat (BPK) lagi.

Semoga Prof. Dr. Noor Azman terus dapat menyumbang idea, pandangan dan memberi khidmat nasihat dalam bidang kepakaran beliau serta dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang menempuh alam persaraan.

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 06/11/2022 | Kemaskini: 07/11/2022 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEYPAD~