![]() |
![]() |
|
27 Mei 2024, Serdang - Bersempena menyantuni staf yang akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji tahun 1445H/2024M, Kelab Kebajikan Staf Pusat Jaminan Kualiti (KKS, CQA) telah mengadakan Majlis Doa Selamat buat Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan, Puan Haslida Hassan dan suami yang telah terpilih menjadi Dhuyufurrahman. Bagi menjayakan majlis, KKS telah menjemput Tuan Haji Ahmad Taqiyuddin bin Haji Wahi Anuar yang merupakan Imam Masjid UPM untuk memimpin bacaan doa selamat. Selain kehadiran staf CQA, majlis juga turut mengundang mantan Pengarah CQA Prof. Dr. Amin Ismail, staf CQA yang telah berpindah PTJ iaitu Puan Nurhanisah Sadun, Puan Azarizam Ali dan Puan Shamriza Shari serta staf yang telah bersara iaitu Puan Nur Azlina Sabarudin bagi memeriahkan majlis. Dikesempatan ini, pihak pengurusan CQA yang diwakili oleh Pengarah, Prof. Ir. Ts. Dr. Abd. Rahim Abu Talib merakamkan ucapan tahniah dan memanjatkan doa agar Puan Haslida Hassan dan suami dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan, selamat dalam perjalanan pergi dan balik serta dikurniakan haji mabrur. Puan Haslida Hassan dan suami akan berangkat menunaikan ibadah haji pada 4 Jun 2024 menaiki penerbangan KT 84 yang terus ke Mekah. Beliau akan menunaikan ibadah haji selama 44 hari sebelum kembali semula bertugas pada 13 Julai 2024. |
Tarikh Input: 19/06/2024 | Kemaskini: 19/06/2024 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor