|
6 Julai 2023, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA), UPM telah menerima lawatan rasmi dari Pejabat Bursar UPM pada 6 Julai 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat CQA. Kunjungan Pejabat Bursar diketuai oleh Puan Siti Amira Shukor selaku Ketua Bahagian Kewangan Pengurusan Belanjawan dan Penjanaan Pendapatan, Puan Wan Suzaimas Wan Sulaiman iaitu Pegawai Kewangan dari Seksyen Belanjawan dan Encik Azizul Syahril Mohd Salleh yang merupakan Pegawai Kewangan Bahagian Kewangan Pengurusan Operasi Berpusat (BPOB B). Manakala Ahli Pengurusan CQA yang menyantuni lawatan tersebut adalah Prof. Dr. Amin Ismail, Pengarah CQA, Puan Haslida Hassan, Ketua Bahagian Pentadbiran, Puan Nurhanisah Sadun, Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Akademik dan Akreditasi dan Encik Ahmad Hafizd Hitam, Ketua Seksyen Pentadbiran dan Kewangan. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk membincangkan tentang penambahbaikan pengurusan kewangan PTJ. Justeru, antara agenda utama adalah memfokuskan kepada skop penjanaan pendapatan di peringkat PTJ dan membantu pencapaian Prestasi Petunjuk Utama (KPI) Universiti. Antara intipati perkongsian dalam lawatan tersebut adalah :
Selain itu, wakil Pejabat Bursar juga turut memperincikan 7 skop penjanaan pendapatan seperti berikut:
|
Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 16/08/2023 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor