23 Jun 2025, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Pusat Jaminan Kualiti, Universiti Kuala Lumpur. Rombongan tersebut diketuai oleh Tuan Haji Roslan Yahaya, selaku Pengarah, Pusat Jaminan Kualiti UniKL. Turut serta dalam lawatan penandaarasan ini adalah lima (5) orang staf beliau. Lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman berkaitan proses, sistem serta dokumentasi yang melibatkan pengurusan kualiti dan akreditasi di samping ingin membina jaringan kerjasama dengan Pusat Jaminan Kualiti di IPTA agar dapat saling berkongsi amalan baik pengurusan kualiti di universiti masing-masing.
|
|
![]() |
Lawatan tersebut telah disantuni oleh Pengarah CQA, Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib bersama Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik dan Pn. Hajah Haslida Hassan, Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan. Manakala sesi pembentangan telah dikendalikan oleh Ketua Seksyen di bawah Jaminan Kualiti Akademik yang terdiri daripada Cik Hajah Aidawati Ramali (Ketua Seksyen Data Program), Puan Rahmawati Umar (Ketua Seksyen Audit Program) dan Puan Shaerin Azlin Ab Rahman (Ketua Seksyen Audit Institusi). Manakala, sesi pembentangan daripada Jaminan Kualiti Perkhidmatan masing-masing disampaikan oleh Puan Nurainakmal Kamal Bahrin (Ketua Seksyen Dokumentasi) dan Pn. Hajah Haslida Hassan (Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan).
Secara keseluruhan, sesi perbincangan selama tiga jam ini memberi impak yang positif kepada kedua-dua Universiti kerana dapat berkongsi maklumat serta bertukar pandangan mengenai pengurusan dan pelaksanaan kualiti akademik yang terbaik serta bersesuaian untuk dilaksanakan di Universiti masing-masing. |
![]() |
|
Sumbangan berita daripada Pn. Rahmawati Umar |
Tarikh Input: 06/10/2025 | Kemaskini: 06/10/2025 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor