Lawatan Penandaarasan Pengurusan HKIP Oleh Lembaga Zakat Selangor | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Lawatan Penandaarasan Pengurusan HKIP oleh Lembaga Zakat Selangor

Lawatan Penandaarasan Pengurusan HKIP oleh Lembaga Zakat Selangor

7 Ogos 2024, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima lawatan penandaarasan oleh pihak Divisyen Kualiti dan Jaminan, Lembaga Zakat Selangor (Cawangan Ibu Pejabat). Lawatan ini berfokuskan kepada pengurusan anugerah kualiti dan inovasi perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM. CQA amat berbesar hati menerima kunjungan empat orang pegawai daripada pihak Lembaga Zakat Selangor yang diketuai oleh Encik Mohd Firdaus Kamarudin selaku Ketua Divisyen Kualiti dan Jaminan. Seramai 4 orang pegawai CQA, UPM telah terlibat dalam sesi perkongsian ini seperti berikut :

1. Puan Haslida Hassan – Timbalan Pengarah, Jaminan Kualiti Perkhidmatan, CQA
2. Puan Siti Fatimah Hasim – Ketua Seksyen Pembudayaan Kualiti, CQA
3. Puan Zenaida Md Zenon – Ketua Seksyen Audit Kualiti
4. Puan Nurainakmal Kamal Bahrin – Ketua Seksyen Dokumentasi

Semasa sesi ini, penerangan diberikan berkisar kepada proses kerja yang terlibat bagi melaksanakan penganjuran program Sambutan HKIP UPM serta pelaksanaan Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran yang melibatkan semua PTJ di UPM.

Selain itu, turut diterangkan secara ringkas berkenaan pengurusan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015, Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 dan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di UPM. Ia berkait rapat dengan elemen yang dinilai dan dipertandingkan bersempena Sambutan HKIP UPM. Sesi lawatan penandaarasan ini telah berjalan lancar dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan antara dua pihak.

 
   
     
   
     

Tarikh Input: 31/10/2024 | Kemaskini: 01/11/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W.2025/7/7:1:12:15~noCache