Lawatan Penandaarasan Bahagian Pengurusan Kualiti, UPSI | PUSAT JAMINAN KUALITI cqa
» BERITA » Lawatan Penandaarasan Bahagian Pengurusan Kualiti, UPSI

Lawatan Penandaarasan Bahagian Pengurusan Kualiti, UPSI

 

30 Jun 2026, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam satu sesi lawatan penanda arasan berkaitan pengurusan jaminan kualiti dan akreditasi akademik yang berlangsung di Bilik Mesyuarat CQA, UPM.

Delegasi UPSI diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Modi bin Lakulu, Pengarah Bahagian Pengurusan Kualiti UPSI, bersama enam orang pegawai lain yang terdiri daripada pegawai pengurusan dan pentadbiran BPQ UPSI.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan pendedahan dan perkongsian amalan terbaik berkaitan pengurusan jaminan kualiti akademik di UPM, khususnya melibatkan aspek:

  1. Pengurusan swaakreditasi Universiti Putra Malaysia;
  2. Proses pemantauan kualiti akademik UPM;
  3. Proses audit akademik UPM; dan
  4. Pengurusan pemantauan serta pelaksanaan audit bersepadu (integrated audit) bagi pelbagai pensijilan ISO dan akademik di UPM.

 

Sepanjang sesi tersebut, delegasi UPSI telah diberi taklimat mengenai struktur dan pelaksanaan sistem jaminan kualiti akademik di UPM, termasuk pengalaman UPM dalam mengurus status swaakreditasi dan pelaksanaan audit secara bersepadu yang menyokong usaha penambahbaikan berterusan di peringkat universiti.

Lawatan penanda arasan ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman antara kedua-dua institusi, malah turut mengukuhkan jaringan strategik serta kerjasama dalam memperkasakan pengurusan kualiti dan kecemerlangan akademik di institusi pengajian tinggi.

Pihak CQA UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada delegasi BPQ UPSI atas kunjungan tersebut dan berharap agar hubungan kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuh demi mempertingkatkan amalan jaminan kualiti pendidikan tinggi negara.

 
       
  Berita disediakan oleh   :Rahmawati Umar    |  Seksyen Data Program |  Pusat Jaminan Kualiti

Tarikh Input: 20/07/2026 | Kemaskini: 02/08/2026 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
X, (02:56:52am-03:01:52am, 14 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]