17 April 2024, Serdang – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Bahagian Pengurusan Organisasi, Jabatan Pendaftar telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Putra Malaysia pada Rabu, 17 April 2024. Delegasi lawatan seramai empat orang terdiri daripada Puan Hartini Darsono (Timbalan Pendaftar / Ketua Bahagian), Puan Sabrina Ibrahim (Penolong Pendaftar Kanan), Puan Siti Zarinah Abdul Jalal (Penolong Pendaftar Kanan) dan Encik Mohd Sufian Nooralazam (Penolong Pendaftar). Lawatan ini bertujuan untuk melihat secara terperinci dan perkongsian pengalaman dalam pengurusan Sistem Pengurusan Kualiti di UPM. Ini kerana UTM baru melaksanakan penstrukturan semula tugas berkaitan Sistem Pengurusan Kualiti. Sesi perkongsian oleh pihak CQA di kongsi dan di bentangkan oleh Puan Haslida binti Hassan (Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan), Puan Shamriza binti Shari (Ketua Seksyen Dokumentasi), Puan Zenaida binti Md Zenon (Ketua Seksyen Audit Kualiti) dan Puan Siti Fatimah Hasim (Ketua Seksyen Pembudayaan Kualiti). Sesi dimulakan dengan taklimat berkaitan pelaksanaan dan pengurusan SPK (QMS) dan Anugerah Kualiti di UPM dan diikuti dengan sesi soal jawab dan perbincangan di antara kedua-dua Universiti. Secara keseluruhan, sesi perbincangan selama dua setengah jam ini memberi impak yang positif kepada kedua-dua Universiti kerana dapat berkongsi maklumat serta bertukar pandangan mengenai pengurusan dan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti yang terbaik serta bersesuaian untuk dilaksanakan di Universiti masing-masing.
|
||
![]() |
||
|
||
![]() |
Tarikh Input: 28/05/2024 | Kemaskini: 18/06/2024 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor