Lawatan Penandaaras Oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Lawatan Penandaaras oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Lawatan Penandaaras oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

   
         

1 Mac 2023, Serdang – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pusat Pengurusan Kualiti (PPQ) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Putra Malaysia pada Rabu, 1 Mac 2023. Delegasi lawatan PPQ seramai lima orang terdiri daripada Ts. Dr. Hasnita binti Che Harun (Pengarah) , Dr. Noorul Azwin binti Md Nasir (Timbalan Pengarah), Dr. Nor Diyana binti Mustapha (Ketua Bahagian Jaminan Kualiti Akademik), Dr. Nik Nur Azwanida binti Zakaria (Ketua Bahagian Sistem Pengurusan Kualiti) dan YM Tuan Norhaslan bin Tuan Seman (Penolong Pegawai Tadbir PPQ).

Lawatan kali kedua oleh Pusat Pengurusan Kualiti, UMK ke Pusat Jaminan Kualiti, UPM ini bertujuan untuk melihat secara terperinci dan mendapatkan input mengenai Sistem Audit Dalaman yang dibangun dan dilaksanakan di UPM bagi tujuan menambah baik pelaksanaan audit dalaman di UMK. Sesi perkongsian oleh pihak CQA di kongsi dan di bentangkan oleh Puan Haslida binti Hassan (Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan), Puan Shamriza binti Shari (Ketua Seksyen Dokumentasi) dan Puan Zenaida binti Md Zenon (Ketua Seksyen Audit Kualiti).

Secara keseluruhan, sesi perbincangan selama dua setengah jam ini memberi impak yang positif kepada kedua-dua Universiti kerana dapat berkongsi maklumat serta bertukar pandangan mengenai pengurusan dan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti yang terbaik serta bersesuaian untuk dilaksanakan di Universiti masing-masing.

Tarikh Input: 13/03/2023 | Kemaskini: 13/03/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXETNAG~