![]() |
||
28 November 2024, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA), UPM telah menerima kedatangan kunjungan dari Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pada 28 November 2024 di Bilik Mesyuarat CQA. Lawatan ini telah dihadiri seramai sembilan (9) orang yang merupakan Ahli Jawatankuasa EKSA DBKU dengan diketuai oleh Encik Dennis Achil, Ketua Bahagian, Bahagian Transformasi dan Inovasi selaku Timbalan Pengerusi EKSA DBKU. Lawatan penanda aras oleh DBKU ini bertujuan untuk memfokuskan kepada penambahbaikan pelaksanaan EKSA DBKU sedia ada. Selain itu, antara objektif lawatan tersebut adalah untuk melihat secara keseluruhan pelaksanaan amalan EKSA di CQA disamping memberi pendedahan dan idea baru kepada kakitangan DBKU untuk dipraktikkan di organisasi pada masa hadapan. Taklimat pelaksanaan EKSA Universiti Putra Malaysia (UPM) telah disampaikan oleh Puan Zaidina Mohd Daud yang merupakan Ketua Fasilitator EKSA UPM. CQA selaku peneraju EKSA UPM sentiasa mengalu-alukan jalinan perkongsian ilmu dan pengalaman secara dua hala bersama-sama dengan agensi kerajaan yang lain. Dikesempatan ini, CQA juga merakamkan ucapan tahniah kepada DBKU yang merupakan salah satu agensi kerajaan yang telah menerima pengiktirafan EKSA oleh MAMPU. CQA juga berasa berbesar hati kerana DBKU telah memilih CQA sebagai tempat rujukan dalam pelaksaan EKSA. Diharapkan kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam mencapai objektif dan merancang hala tuju EKSA di agensi masing-masing. |
||
![]() |
Tarikh Input: 31/01/2025 | Kemaskini: 04/03/2025 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor