Lawatan Penanda Aras Bahagian Jaminan Kualiti Akademik, UNIMAS | PUSAT JAMINAN KUALITI cqa
» BERITA » Lawatan Penanda Aras Bahagian Jaminan Kualiti Akademik, UNIMAS

Lawatan Penanda Aras Bahagian Jaminan Kualiti Akademik, UNIMAS

 

14 Julai 2026, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Bahagian Jaminan Kualiti Akademik (BJKA), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi sesi lawatan penanda aras yang berlangsung di Bilik Mesyuarat CQA, UPM.

Lawatan yang diketuai oleh Pengarah BJKA, Prof. Madya Dr. Ade Syaheda Wani Marzuki ini bertujuan mendapatkan perkongsian amalan terbaik UPM dalam pengurusan jaminan kualiti akademik, khususnya sebagai persediaan UNIMAS menghadapi fasa Mock Audit dan Audit Penuh Swa-Akreditasi.

Sepanjang sesi tersebut, delegasi UNIMAS diberi taklimat mengenai pelaksanaan sistem jaminan kualiti di UPM serta berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam aspek pengurusan logistik audit, persediaan di peringkat pengurusan tertinggi, pengurusan dokumen dan bukti sokongan, serta strategi pelaksanaan tindakan pembetulan (corrective action) selepas audit.

Sesi turut disusuli dengan perbincangan dua hala yang memberi peluang kepada kedua-dua institusi bertukar pandangan, pengalaman dan idea dalam memperkukuh tadbir urus jaminan kualiti akademik selaras dengan aspirasi kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

Lawatan penanda aras ini diharapkan dapat mengukuhkan jaringan kerjasama strategik antara UPM dan UNIMAS, di samping membuka ruang kepada perkongsian ilmu serta amalan terbaik yang dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua institusi dalam usaha memperkasakan budaya kualiti dan penambahbaikan berterusan.

 
       
  Berita disediakan oleh   :Rahmawati Umar    |  Seksyen Data Program |  Pusat Jaminan Kualiti

Tarikh Input: 20/07/2026 | Kemaskini: 02/08/2026 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
X, (02:51:52am-02:56:52am, 27 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]