![]() |
|||
30 April 2025, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Putra Malaysia telah menerima lawatan penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), Universiti Putra Malaysia pada Khamis, 27 Mac 2025. Delegasi lawatan oleh WAZAN seramai 20 orang telah diketuai oleh Ketua Bahagian Pentadbiran WAZAN iaitu En Wan Mohd Radzi Wan Ismail. Turut hadir adalah Puan Maznur Nazila Moin merangkan Penyelaras EKSA WAZAN serta semua staf WAZAN.
Lawatan penadaarasan ini bertujuan untuk melihat amalan terbaik EKSA yang telah dilaksanakan di CQA. Lawatan dimulakan dengan aluan oleh Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan, Puan Haslida Hassan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana EKSA CQA, kemudian disusuli dengan taklimat ringkas mengenai pelaksanaan EKSA di CQA oleh Puan Zenaida Md Zenon, selaku Penyelaras EKSA CQA. Kemudian delegasi WAZAN telah dibawa melawat ke keseluruhan ruang di CQA.
Antara maklum balas yang diterima dari wakil i-PUTRA adalah “EKSA di CQA adalah yang terbaik dengan sistem yang seragam dan kekemasan susun atur”, “Sangat terbaik. Keseragaman yang sangat memuaskan ” dan “Sangat teratur dan kemas”.
Secara keseluruhan, lawatan selama hampir 2 jam telah memberi impak yang sangat positif kepada kedua-dua PTJ kerana dapat berkongsi maklumat serta bertukar pandangan mengenai pengurusan dan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang terbaik serta bersesuaian untuk dilaksanakan di PTJ masing-masing. |
|||
![]() |
|||
![]() |
|||
Tarikh Input: 30/04/2025 | Kemaskini: 30/04/2025 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor