Latihan Pengukuhan Ahli Panel Penilai (APP) Dalaman - Perubahan Baharu Dalam Kurikulum | PUSAT JAMINAN KUALITI cqa
» BERITA » Latihan Pengukuhan Ahli Panel Penilai (APP) Dalaman - Perubahan Baharu dalam Kurikulum

Latihan Pengukuhan Ahli Panel Penilai (APP) Dalaman - Perubahan Baharu dalam Kurikulum

 

6 April 2026, Serdang – Latihan Pengukuhan Ahli Panel Penilai (APP) Dalaman - Perubahan Baharu dalam Kurikulum yang dianjurkan oleh Seksyen Audit Institusi, Jaminan Kualiti Akademik, Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menyaksikan penyertaan seramai 23 Pegawai Akademik yang terdiri daripada APP Dalaman yang pernah dilantik CQA sebagai Panel Penilai audit program dan Felo Bersekutu CQA yang baharu dilantik. Sesi latihan yang diadakan pada 6 April 2026 bertempat di Mini Auditorium 1, Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, K.B., P.A. (Pengarah CQA) dan Dr. Zufarzaana Zulkeflee (Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik CQA).

Antara pengisian latihan adalah menerangkan status terkini pelantikan APP Dalaman UPM setelah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) membuat ketetapan baharu berkenaan pelantikan APP luar oleh universiti berstatus swaakreditasi bagi penilaian Akreditasi Sementara, Akreditasi Penuh dan Audit Pengekalan/Pematuhan mulai 20 Jun 2024.

Selain itu, turut dikongsikan adalah penemuan APP luar sepanjang penilaian akreditasi program UPM dijalankan pada tahun 2025 dan ketetapan terkini MQA serta perubahan baharu dalam kurikulum yang bertujuan agar peserta mengambil cakna untuk melaksanakan penambahbaikan berterusan ke atas program masing-masing. Melalui sesi latihan ini juga diterangkan hala tuju APP dalaman UPM sekiranya berminat dilantik sebagai APP oleh universiti lain.

Sesungguhnya, penyertaan APP dalaman UPM dalam sesi latihan ini memberikan petanda positif terhadap kesediaan dan potensi warga akademik untuk terus menyumbang sebagai Ahli Panel Penilai dalam penilaian program berakreditasi dan penambahbaikan kurikulum universiti.

 
       
  Berita ditulis oleh   : Aidawati Ramali | Seksyen Audit Institusi | Pusat Jaminan Kualiti

Tarikh Input: 22/05/2026 | Kemaskini: 07/06/2026 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
X, (12:30:52pm-12:35:52pm, 25 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]