|
23 Disember 2025, Serdang – Latihan Pengukuhan Ahli Panel Penilai (APP) Dalaman - Perubahan Baharu dalam Kurikulum yang disyorkan oleh Seksyen Audit Institusi, Jaminan Kualiti Akademik, Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menyaksikan penyertaan seramai 38 Pegawai Akademik (33 orang hadir secara fizikal dan 5 orang secara atas talian) yang terdiri daripada APP Dalaman yang pernah dilantik sebagai Panel audit program. Sesi latihan yang diadakan pada 23 Disember 2025 bertempat di Mini Auditorium 1, Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, KB, PA (Pengarah CQA) dan Dr. Zufarzaana Zulkeflee (Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik CQA).
Antara pengisian latihan adalah menerangkan status terkini pelantikan APP Dalaman UPM setelah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) membuat ketetapan baharu berkenaan pelantikan APP luar oleh universiti berstatus swaakreditasi bagi penilaian Akreditasi Sementara, Akreditasi Penuh dan Audit Pengekalan/Pematuhan mulai 20 Jun 2024.
Selain itu, turut dikongsikan ialah penemuan APP luar sepanjang penilaian program akreditasi UPM dijalankan pada tahun 2025 dan ketetapan terkini MQA serta perubahan baharu dalam kurikulum yang bertujuan agar peserta mengambil cakna untuk melaksanakan penambahbaikan berterusan ke atas program masing-masing. Melalui sesi latihan ini juga diterangkan hala tuju APP dalaman UPM sekiranya berminat dilantik sebagai APP oleh universiti lain.
Sesungguhnya, penyertaan APP dalaman UPM dalam sesi latihan ini memberikan petanda positif terhadap kesediaan dan potensi warga akademik untuk terus menyumbang sebagai Ahli Panel Penilai dalam penilaian program berakreditasi dan penambahbaikan kurikulum universiti.
|
![]() |
||
| Berita ditulis oleh | :Aidawati Ramali | Seksyen Audit Instituti | Pusat Jaminan Kualiti |
Tarikh Input: 10/02/2026 | Kemaskini: 06/06/2026 | aidawati

(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor