8 Ogos 2022, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menganjurkan Kursus Siri 2 : MS ISO/IEC 17025:2017 Internal Auditing di Bilik Jemaah, Fakulti
Perubatan Veterinar, UPM dengan menjemput Pn. Anijah Pangat (Principal Trainer SIRIM STS Sdn. Bhd.) sebagai penceramah kursus. Kursus yang dijalankan
selama dua hari bermula pada 8 hingga 9 Ogos 2022 telah dihadiri seramai 20 orang dari Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Fakulti Bioteknologi dan Sains
Biomolekul (FBSB), Institut Penyelidik Produk Halal (IPPH), Institut Biosains (IBS),Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) dan Institut Perhutanan Tropika
dan Produk Hutan (INTROP).
Objektif kursus adalah untuk memberikan kefahaman berkenaan prinsip dan konsep audit dalaman dan bagaimana merancang serta melaksanakan audit
dalaman.Selain itu, peserta kursus juga dilatih dengan teknik menulis laporan audit dan melaksanakan tindakan pembetulan serta tindakan susulan. Melalui
pelaksanaan kursus ini, diharapkan personnel laboratori lebih bersedia untuk menjalani audit dalaman mahupun audit yang dilaksanakan oleh Jabatan Standard
Malaysia (JSM).Selain itu, kursus ini juga diharap dapat memantapkan kemahiran juruaudit UPM sedia ada disamping memberikan pendedahan kepada personnel
yang berpotensi untuk dilantik sebagai juruaaudit dalaman kelak.
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 01/06/2022 | Kemaskini: 29/08/2022 | aidawati
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor