Kursus 'Risk Assessment On ISO/IEC 17025:2017' | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Kursus 'Risk Assessment on ISO/IEC 17025:2017'

Kursus 'Risk Assessment on ISO/IEC 17025:2017'

 
17-18 Oktober 2018 (Rabu & Khamis), Serdang - Alhamdulillah, selesai Kursus Risk Assessment on ISO/IEC 17025:2017 di Auditorium Mini 2, Aras 3, Bangunan Pej. TNCPI. Kursus selama dua (2) hari ini telah disampaikan oleh Pn. Sarimah Othong, Konsultan SIRIM STS Sdn. Bhd.
 
Seramai kurang lebih 80 orang peserta dari sebelas PTJ terlibat dalam siri kursus peralihan standard kali ini. Antara PTJ yang terlibat adalah FPV, FS, FK, FSTM, FPSK, FBSB, IBS, INTROP, ITAFoS, ITMA dan IPPH. Kursus ini secara amnya bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman yang tepat berkenaan kaedah menentukan, mentaksir dan menganalisa risiko dengan mengambil kira pihak berkepentingan terhadap risiko-risiko tersebut.
 

Tarikh Input: 19/10/2018 | Kemaskini: 19/10/2018 | naszroul

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEYVAD~