Kursus Peralihan Standard Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001 Kepada Versi 2022 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Kursus Peralihan Standard Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001 kepada Versi 2022

Kursus Peralihan Standard Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001 kepada Versi 2022

 
 
     

6 Februari 2024, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti dengan kerjasama SIRIM Training Services Sdn Bhd telah menganjurkan Kursus Peralihan Standard ISO/IEC 27001 daripada versi 2013 kepada versi 2022 bertempat di Putra Future Classroom, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM. Kursus yang dilaksanakan pada 6 Februari 2024 ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan awal daripada pihak SIRIM selaku badan pensijilan yang bertanggungjawab dengan pelaksanaan ISO berhubung keperluan Standard MS ISO/IEC 27001:2022 bagi membantu UPM membuat perancangan dan proses tindakan peralihan standard bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MS ISO/IEC 27001:2022 yang disasarkan berlaku pada tahun 2025. Kursus ini telah disampaikan oleh Ts Azwarie Ahmad @ Mohd Yusoff yang merupakan konsultan SIRIM Training Services dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ICT dan pengurusan keselamatan maklumat.

Keselamatan maklumat adalah amalan mempertahankan maklumat daripada capaian, penggunaan, pendedahan, gangguan, pengubahsuaian, pembacaan, pemeriksaan, perekaman atau pemusnahan yang tidak dibenarkan. Antara objektif kursus adalah:

  • Memahami kepentingan ISMS;
  • Dapat memahami perbezaan klausa 4 hingga 10 antara versi 2013 dan 2022 ISMS ISO/IEC 27001;
  • Dapat memahami perbezaan di Annex A antara versi 2013 dan 2022 ISMS ISO/IEC 27001; dan
  • Dapat memahami 11 kawalan baharu dalam Annex A ISMS ISO/IEC 27001:2022.

 

Seramai 29 peserta hadir pada kursus ini melibatkan ahli Pasukan ISMS yang terdiri daripada Timbalan Wakil Pengurusan ISMS, Penasihat ISMS, Pasukan Pendaftaran Pelajar Baharu Prasiswazah Kampus Serdang, Pasukan Pendaftaran Pelajar Baharu Prasiswazah Kampus Bintulu, Pasukan Pusat Data, Pasukan Penilaian Pengajaran Prasiswazah di Fakulti, Pasukan Pendaftaran Pelajar Baharu Siswazah, Juruaudit ISMS UPM dan staf Pusat Jaminan Kualiti.

Tarikh Input: 19/03/2024 | Kemaskini: 19/03/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEbXAk~