![]() |
![]() |
![]() |
||
26 Julai 2024, Serdang –Jawatankuasa Kelestarian Hijau Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah mengadakan pelancaran Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai bagi menggalakkan budaya mengumpul minyak di kalangan staf CQA sekaligus menyokong inisiatif kelestarian hijau Universiti Putra Malaysia (UPM). Pengumpulan minyak terpakai telah bermula pada 19 Julai 2024 di mana warga CQA dialu-alukan menyumbang minyak masak terpakai dan dikumpulkan di Sudut Kitar Semula sebelum dijual kepada syarikat pengusaha minyak masak terpakai. Program ini memberi pengetahuan tentang cara pengurusan minyak masak terpakai dan kesedaran kepada warga CQA tentang usaha kelestarian yang boleh dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Program pengumpulan minyak masak terpakai ini sememangnya telah menjadi langkah proaktif pelbagai pihak dalam dan luar negara seperti Petronas yang telah mengadakan program seumpama ini secara besar-besaran sebagai persediaan untuk mengkomersialkan bio bahan api penerbangan yang lestari atau sustainable aviation fuel (SAF). |
||||
Pelancaran kempen Jom Kumpul Minyak Masak Terpakai telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Jaminan Kualiti Perkhidmatan, Puan Hajah Haslida Hassan. |
||||
|
||||
Warga CQA berjaya mengumpulkan sebanyak 10 bekas tong minyak masak pelbagai saiz dan hasil jualan minyak masak tersebut akan digunakan untuk aktiviti kelestarian hijau yang lain. Diharapkan program ini akan berterusan menjadi amalan baik di kalangan staf CQA dan menyumbang kepada kelestarian hijau di Malaysia khususnya UPM. |
Tarikh Input: 29/08/2024 | Kemaskini: 01/09/2024 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor