15 Mei 2025, Bintulu – Program Jerayawara Jaminan Kualiti Akademik (JJKA) oleh CQA ke UPM Kampus Bintulu (UPMKB) diteruskan lagi dengan Taklimat Panduan Penulisan Programme Self-Review Report (PSRR). Sesi taklimat ini disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Muskhazli Mustafa, merupakan Felo Bersekutu CQA telah dihadiri seramai 27 orang peserta terdiri daripada Ketua Jabatan, Penyelaras Program dan Ahli Jabatan dari Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPP) serta Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS). |
||
![]() |
![]() |
|
Sesi penerangan yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Muskhazli merangkumi topik pengenalan PSRR, tanggungjawab Jawatankuasa PSRR, cadangan garis masa penyediaan PSRR serta ciri dan format penulisan PSRR. Selain itu, turut diterangkan kaedah dan komponen penulisan yang boleh pihak program fokuskan semasa penulisan PSRR. |
||
![]() |
![]() |
|
Penutupan sesi taklimat juga turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus Bintulu. Beliau mengucapkan rasa syukur dan terima kasih di atas kehadiran pihak CQA secara terus ke Kampus Bintulu untuk memberikan taklimat bagi meningkatkan kefahaman para pensyarah di UPM Kampus Bintulu. Beliau memandang serius segala isu akreditasi dan berharap para pensyarah dari kedua-dua fakulti mengambil peluang ini untuk mendapatkan konsultasi daripada pihak CQA bagi memastikan semua program di UPMKB diuruskan dengan baik dan mematuhi standard yang terkini. |
||
Tarikh Input: 30/06/2025 | Kemaskini: 03/07/2025 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor