Jerayawara JKA Sesi 1: Taklimat Jaminan Kualiti Akademik | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Jerayawara JKA Sesi 1: Taklimat Jaminan Kualiti Akademik

Jerayawara JKA Sesi 1: Taklimat Jaminan Kualiti Akademik

 

 

 

14 Mei 2025, Bintulu - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) buat julung kalinya telah mengadakan program Jerayawara Jaminan Kualiti Akademik (JJKA) sebagai menghayati dan menterjemah True North UPM yang ditekankan dalam perutusan Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Profesor Ahmad Farhan Mohd Sadullah agar warga UPM memberikan perkhidmatan melangkaui jangkaan. Justeru, bermula tahun 2025, UPM Kampus Bintulu (UPMKB) telah terpilih sebagai lokasi persinggahan pertama program JJKA sebagai salah satu cara program ‘outreach’ CQA ke fakulti/sekolah yang telah diadakan selama dua (2) hari bermula 14 dan 15 Mei 2025.
     

Program jerayawara di UPMKB telah disertai seramai 6 orang delegasi CQA yang terdiri daripada Profesor Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib (Pengarah CQA), Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria ((Timbalan Pengarah CQA), Prof. Madya Dr. Muskhazli Mustafa (Felo Bersekutu CQA/Pensyarah dari Fakulti Sains), Puan Sharin Azlin Ab Rahman (Ketua Seksyen Audit Institusi), Puan Rahmawati Umar (Ketua Seksyen Audit Program) dan Cik Aidawati Ramali (Ketua Seksyen Data Program).

 

   

Antara objektif JJKA diadakan adalah:

  • Memperkenalkan Jaminan Kualiti Akademik dan peranannya;
  • Memperkukuh pemahaman dan peranan pengurusan fakulti dan pemilik program tentang keperluan terkini MQA dan CQA;
  • Memberi konsultasi kepada pemilik program serta membincangkan isu/cabaran dalam mematuhi keperluan standard.
     

Pada hari pertama program JJKA telah diadakan Taklimat Jaminan Kualiti Akademik yang disampaikan oleh Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim (Pengarah CQA) dan telah dihadiri seramai 30 orang peserta terdiri daripada Dekan, Timbalan Dekan Akademik, Timbalan Dekan Siswazah, Ketua Jabatan, Penyelaras Program dan Pentadbir Akademik.

 

 

Tarikh Input: 30/06/2025 | Kemaskini: 03/07/2025 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W.2025/7/7:8:45:34~noCache